Wednesday, May 4, 2011

Pengaplikasian pengurusan rekod didalam pekerjaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasiahani

Bila disebut tentang pengurusan, dimana mana sektor pekerjaan pengursan yang berkualiti amat dititik beratkan dalam pekerjaan harian. Hal ini sama juga seperti pengurusan rekod dimana pengurusan rekod dan dokumen amat penting dalam perjalanan aktiviti perniagaan sesebuah organisasi. Disini saya ingin berkongsi bagaimana pengurusan rekod dapat diaplikasi dalam sesebuah tugasan atau tanggungjawab sebagai pekerja.

Kita sebagai pelajar atau bekas pelajar pengurusan rekod sering kali asyik memikirkan pekerjaan apa yang sesuai setelah tamat belajar, selain menjadi pegawai arkib, pustakawan, document controller, salah satu pekerjaan yang sesuai bagi seorang pelajar atau graduan pengurusan rekod ini adalah sebagai pengurus stor. Apabila disebut stor, ramai dikalangan kita akan menyatakan apa kaitan stor dengan rekod, disini saya ingin berkongsi bahawa stor juga mempunyai prinsip yang sama seperti pengurusan rekod dan juga perpustakaan. Jikalau perpustakaan kita menjaga buku dan menguruskan buku dan rekod, stor pula menjaga peralatan yang diperlukan oleh sesebuah kilang untuk beroperasi. prinsipnya sama seperti pengurusan perpustakaan dan juga rekod, dimana kita harus mengaplikasikan cara penyusunan mengikut klasifikasi peralatan-peralatan tersebut.

Bagi pelajar pengurusan rekod, kita akan belajar mengenai pusat rekod atau record centre dimana kita pelajari bagaimana menguruskan warehaouse yang menyimpan beribu dokumen, ia boleh dipraktikan didalam pengurusan store dimana bukan sahaja dokumen, tetapi peralatan stor.

Akhir sekali, jikalau pengurusan dokumen dan rekod amat penting didalam sesebuah syarikat, jangan dilupakan bahawa setiap kilang mesti mempunyai store bagi menjana perjalanan produktiviti kilang tersebut, dan pengurusan stor juga amat diperlukan didalam menjana perjalanan aktiviti produktiviti tersebut. dan yang paling penting, pengaplikasian pengurusan rekod amat diperlukan disitu dan terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk berfikir secara kreatif bagaimana untuk mengapliksaikan pengurusan rekod didalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.


Khairul Izzuan Ahmad.