Wednesday, April 28, 2010

Pegawai Arkib Bukan Hanya Ahli Sejarah Tetapi Bakal Peniaga

Oleh Farizalina Ishak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pegawai arkib bukan hanya penjaga warisan dan warisan dokumentari tetapi juga bakal peniaga yang boleh menyumbang besar kepada ekonomi negara.

Pengarah Pusat Dokumentasi dan Penyelidik Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Dr Abdulla Mohammad El Reyes berkata institusi arkib itu mampu menjana pendapatan dengan menyediakan perkhidmatan perundingan, latihan dan pendidikan dalam bidang arkib, acara perdagangan, kempen dan seminar tempatan dan antarabangsa.

"Penyimpanan dan penjagaan rekod hendaklah hanya perniagaan teras untuk arkib negara dan pertubuhan arkib lain.

"Mereka hendaklah meluaskan skop dan meneroka sektor baru untuk membiayai peningkatan kos penjagaan rekod terutamanya dalam pelaksanaan sistem elektronik untuk pemuliharaan dan akses," kata beliau kepada Bernama di luar Kongres Arkib Antarabangsa (ICA) ke-16 di sini Jumaat.

Abdulla berkata pusat itu yang ditubuhkan pada 1968 dan dibiayai kerajaan, telah menjana pendapatan tambahan antara RM1 juta dan RM2 juta daripada pelbagai perniagaan berkaitan arkib selain menganjurkan kempen di seluruh negara itu.

"Anda boleh menggunakan gambar, anda boleh mendigitalkan dan anda boleh menjual, sesetengah agensi berita atau agensi pengiklanan, mereka berminat menggunakan sebagai contoh bagi gambar pada kalendar, sesetengahnya mahu menggunakan filem untuk pengiklanan dan kita boleh mengenakan bayaran," kata beliau.

Abdulla berkata pusat itu juga menjalankan penyelidikan dan menganjurkan persidangan, seminar, bengkel dan pameran rantau dan antarabangsa.

Kira-kira 1,200 peserta dari 138 negara menghadiri kongres lima hari ini yang bermula Selasa lepas.

ICA yang ditubuhkan di Paris pada Jun 1948, ialah sebuah pertubuhan profesional untuk masyarakat arkib dunia, yang ditujukan untuk mempromosikan pemuliharaan, pembangunan dan penggunaan warisan arkib dunia.

Anggota ICA di 183 negara menjadi hos bagi kongres ini setiap empat tahun.

Australia akan menjadi hos bagi kongres ICA ke-17 di Brisbane pada 2012.



Sumber
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348424
(25 Julai 2008)

Sunday, April 25, 2010

Apa itu Metadata

Oleh Khairul Izzuan Ahmad


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


Metadata menurut
Edward Atkinson dalam rencana beliau bertajuk Much ado Metadata ialah " a description or profile of a document or other information object". Definisi yang selalu digunakan oleh mereka yang berada didalam disiplin pengurusan maklumat, metadata dapat di istilahkan sebagai "data abaout data", namun definisi seperti ini mendatangkan banyak kekeliruan bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam disiplin pengurusan maklumat. Hal ini disokong sendiri oleh Edward Atkinson dimana beliau menyatakan "The definition of metadata as “data about data” is not clearly understand" (Artikel Much ado Metadata), maka definisi yang mudah difahami ialah penerangan tereprinci mengenai sesuatu objek.

Metadata boleh diibaratkan sebagai penyampai maklumat mengenai barang. Sebagai contoh, katalog buku di perpustakaan dan ia menerangkan secara terperinci mengenai buku-buku yang ada di perpustakaan. contoh mudah untuk memahami metadata ialah "Surat Beranak", didalam surat beranak menerangkan maklumat terperinci mengenai individu.

Didalam pengurusan rekod, metadata amat berguna bagi rekod-rekod yang telah dimusnahkan. rekod-rekod tersebut dimusnahkan, tetapi metadata mengenai rekod yang dimusnahkan tidak dimusnahkan dan digunakan apabila dikehendaki oleh organisasi yang berkaitan atau pun individu. selain itu metadata juga sebagai satu bahan pandu cari bagi mengetahui asal usul sesuatu rekod tersebut, siapa pencipta rekod tersebut, dimana rekod itu dicipta dan sebagainya. maka dengan ini, boleh dinyatakan bahawa metadata amat penting bagi pengurusan rekod itu sendiri.




Wednesday, April 7, 2010

KEMAAFAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


Memohon ampun maaf kerana setelah sekian lama mendiamkan diri atas disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Insya Allah akan diupdatekan blog ini pada masa akan datang...


Yang Benar
Khairul Izzuan Ahmad