Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

By Khairul Izzuan Ahmad


"Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam, mudah-mudahan dimurahkan rezeki dan dilimpahi kurniaan Allah S.W.T"

Wednesday, November 25, 2009

Pengurusan Rekod Perubatan : Hak Pesakit Keatas Rekod Perubatan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Walaupun Rekod merupakan dokumen hakmilik hospital, maklumat didalamnya adalah mengenai pesakit dan dari segi perundangan tidak menghalang pesakit untuk membaca atau mendapatkan maklumat didalam rekod perubatannya sendiri.

Kebiasaannya pesakit memohon mendapatkan laporan perubatan yang disediakan oleh pihak hospital. Laporan perubatan dipohon dari pelbagai tujuan dan diantaranya tuntutan insuran, SOCSO, KWSP, Kes perundangan di mahkamah dan sebagainya.

Sekiranya pesakit memohon untuk mendapatkan salinan rekod perubatannya, Antara perkara yang perlu dilakukan oleh hospital ialah pertamanya Permohonan rasmi kepada pengarah hospital hendaklah dibuat oleh pesakit sendiri dengan menyatakan tujuannya.

Kedua, Pesakit perlu dijelaskan bahawa pihak hospital tidak akan bertnaggungjawab keatas apa-apa interperasi atau laporan perubatan yang dibuat oleh pihak lain berpandukan kepada maklumat yang diperlehi dari salinan rekod perubatan.

Ketiga, Pesakit perlu sendiri datang untuk mengambil salinan rekodnya dan menandatangani borang pengesahan penerimaan salinan rekod untuk simpanan pihak hospital.

Keempat, Bagi mengenalpasti borang dan dokumen kepunyaan pesakit dalam rekod berkenaan, setiap muka surat borang dan dokumen hendaklah dicatitkan MRN (Nombor Rekod Perubatan) pesakit.

Kelima, walaupun pesakit berhak keatas maklumat didalam rekod perubatannya, terdapat bebrapa bahagian dalam rekod perubatan yang bukan menjadi hak pesakit, contohnya maklumat yang diperoleh dari pihak ketiga yang perlu di rahsiakan dari pesakit dan penadapat atau pandangan dari intelektual doktor berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan. Terpulang kepada pihak hospital untuk menentukan bahagian-bahagian rekod yang bukan hakmilik pesakit tidak perlu diberikan.

Keenam dan akhir sekali, Sekiranya permohonan diterima daripada pesakit yang mana kesnya sedang disiasat kerana berkemungkinan berlaku "Medical Negligence", pihak hospital perlu merujuk kepada kementerian untuk mendapatkan pandangan.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Tuesday, November 24, 2009

Pengurusan Rekod Perubatan : Keselamatan Rekod (Part 3) : Kehilangan Rekod

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Isu kali ini akan membincangkan mengenai Keselamatan Rekod. Umumnya Keselamatan rekod terbahagi kepada Keselamatan umum, Kes perundangan perubatan dan kehilangan rekod. Di dalam seksyen ini akan membincangkan sub topik Kehilangan Rekod.

Rekod yang tidak dipinjam oleh mana-man pihak sepatutnya berada didalam tempat penyimpanan rekod. Sekiranya rekod tidak dapat dikesan, kemungkinan rekod tersebut tersalah letak atau telah diambil tanpa pengetahuan anggota di Unit Rekod.

oleh itu, Unit rekod perlu mengambil tindakan-tindakan untuk mengesan rekod berkenaan termasuklah memaklumkan perkara ini kepada Pengarah Hospital.

Sekiranya rekod telah dianggap hilang, tindakan membina semula rekod perlu dilaksanakan. Pembinaan semula rekod boleh dilakukan berpandukan kepada maklumat-maklumat yang ada didalam daftar masuk wad, rekod-rekod di wad, jabatan Patologi, jabatan Pemimejan Diagnostik, rekod dewan bedah dan sebagainya. sekiranya perlu pesakit boleh dipanggil semula untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Prosedur untuk membina semula rekod bagi hospital perlu ditetapkan oleh Jawatankuasa Rekod Perubatan.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Pengurusan Rekod Perubatan : Keselamatan Rekod (Part 2) : Kes Peundangan Perubatan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Isu kali ini akan membincangkan mengenai Keselamatan Rekod. Umumnya Keselamatan rekod terbahagi kepada Keselamatan umum, Kes perundangan perubatan dan kehilangan rekod. Di dalam seksyen ini akan membincangkan sub topik Kes Perundangan Perubatan.

Bagi kes perundangan perubatan (Kes medical negligence atau kes forensik), rekod perubatan hendaklah segera dikesan dan disimpan ditempat berasingan dan kawalan depertingkatkan bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak di ingini seperti rekod hilang, di pinda dan sebagainya.

Rekod berkenaan juga tidak boleh diserahkan kepada mana-mana pihak tanpa kelulusan pengarah hospital.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Pengurusan Rekod Perubatan : Keselamatan Rekod (Part 1) : Keselamatan Rekod

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


Isu kali ini akan membincangkan mengenai Keselamatan Rekod. Umumnya Keselamatan rekod terbahagi kepada Keselamatan umum, Kes perundangan perubatan dan kehilangan rekod. Di dalam seksyen ini akan membincangkan sub topik keselamatan Umum.

Keselamatan rekod-rekod perubatan semasa di luar Unit Rekod Perubatan adalah menjadi tanggungjawab ketua-ketua jabatan atau unit wad dan juga klinik. Oleh itu Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab memantau pergerakan rekod perubatan bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan rekod perubatan terpelihara dan dijaga.

Rekod Perubatan tidak boleh diserahkan kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan tanpa mendapat kelulusan Pengarah Hospital sendiri.

Semasa dipindahkan dari satu tempat kesatu tempat, rekod hendaklah diletakkan dalam bekas yang sesuai serta tidak terdedah dan dibawa oleh anggota hospital. Buku dispacth digunakan sebagai bukti penghantaran dan pnerimaan rekod.

Akhir sekali, Rekod perubatan tidak boleh dibawa keluar dari kawasan hospital melainkan dengan kelulusan pengarah Hospital sendiri.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Monday, November 23, 2009

Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan (Part 4) : Pinjaman Rekod

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Kali ini kan membincangkan bab Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan. Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan merangkumi sub topik seperti Pendaftaran Rekod dan pemantauan Rekod, Penerimaan dan Semakan, Pelaksanaan Sistem Fail dan Pinjaman Rekod.Disini akan membincangkan sub topik Pinjaman Rekod.

Pertama sekali perbincangan dimulakan dengan Masalah kehilangan rekod. Masalah ini berlaku kerana salah satu sebab puncanya ialah pergerakan rekod tidak di kawal dan dipantau.

Bagi mengatasi masalah ini, tindakan yang perlu diambil bagi Pinjaman untuk Rawatan ialah:
  1. Pihak wad ataupun klinik perlu mengisi borang dan mengemukakan senarai nama pesakit dan MRN (Nombor Rekod Perubatan) ke Unit Rekod.
  2. Rekod hendaklah dihantar semula ke Unit Rekod dalam tempoh 72 jam selepas pesakit discaj ataupun dalam tempoh 24 jam selepas klinik selesai.
  3. Unit Rekod hendaklah menyemak rekod yang diterima dengan senarai asal rekod yang dipinjam.

Bagi Pinjaman Untuk tujuan lain, tindakan yang perlu diambil ialah :
  1. Pinjaman untuk tujuan seperti penyediaan laporan, penyelidikan dan sebagainya perlu dibuat atas nama pegawai terbabit. Permohonan pinjaman untuk kajian atau penyelidikan perlu disertakan dengan surat pengesahan atau kelulusan pengarah hospital atau ketua jabatan.
  2. Senmua pinjaman untuk tujuan diatas hendaklah dihadkan tempohnya dan dipantau bagi memastikan rekod dikembalikan semula apabila tamat tempoh. Sekiranya perlu pegawai boleh meminjam semula rekod.
  3. Pegawai yang meminjam bertanggungjawab ke atas kerahsiaan dan keselamatan rekod semasa dalam tempoh pinjaman. rekod hendaklah dikembalikan dalam keadaan yang sempurna. Pihak hospital boleh mengambil tindakan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan.
  4. Pegawai yang meminjam bertanggungjawab memulangkan rekod dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya rekod diperlukan untuk tujuan rawatan, Unit Rekod boleh mengambil semula rekod walaupun tempoh pinjaman belum tamat.
  5. Pinjaman rekod adalah terhad dalam kawasan hospital. Rekod tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan hospital melainkan ada sebab-sebab kukuh dan mendapat kelulusan bertulis daripada pengarah hospital.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005



Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan (Part 3) : Pelaksnaan Sistem Fail

Oleh Kahirul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Kali ini kan membincangkan bab Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan. Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan merangkumi sub topik seperti Pendaftaran Rekod dan pemantauan Rekod, Penerimaan dan Semakan, Pelaksanaan Sistem Fail dan Pinjaman Rekod.Disini akan membincangkan sub topik Pelaksanaan Sistem Fail.

Rekod perubatan hendaklah difailkan sebaik sahaja selesai disemak dan disusun. Rekod perubatan juga hendaklah difailkan mengikut sistem yang sesuai mengginakan dombor (seperti sistem terminal digit) dan rekod warna untuk memudahkan pencarian dan pengesanan rekod.

Semua rekod yang disimpan dibahagian lain hendaklah juga difail menggunakan sistem yang sama.

Apabila rekod dikeluarkan dari tempatnya, tempat tersebut perlu digantikan dengan traccer yang menyatakan ke mana rekod telah dihantar dan tarikhnya.

Rekod yang tidak aktif hendaklah di asingkan dan disimpan ditempat lain bagi mengatasi masalah ruang tidak mencukupi.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan (Part 2) : Penerimaan dan Semakan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Kali ini kan membincangkan bab Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan. Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan merangkumi sub topik seperti Pendaftaran Rekod dan pemantauan Rekod, Penerimaan dan Semakan, Pelaksanaan Sistem Fail dan Pinjaman Rekod.Disini akan membincangkan sub topik Penerimaan dan Semakan.

Pertama sekali ialah Pegawai di Unit Rekod Perubatan akan menerima rekod perubatan dari wad dalam tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu 72 jam selepas pesakit discaj dari wad.

Seterusnya, Rekod perubatan yang diterima hendaklah disemak dengan senarai discaj (PER PD 103) yang dikemukakan oleh wad bagi memastikan semua rekod telah dihantar.

Seterusnya, Isi kandungan rekod hendaklah disemak untuk memastikan borang dan dokumen penting ada dan butiran mengenai pesakit lengkap diisi. Sekiranya tidak lengkap perlu di maklumkan kepada bahagian yang berkenaan.

Borang dan dokumen hendaklah di susun mengikut susun atur yang telah ditetapkan.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Pengurusan Rekod Di Unit Rekod Perubatan (Part 1) : Pendaftaran Rekod dan Pemantauan Rekod

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Kali ini kan membincangkan bab Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan. Pengurusan Rekod di Unit Rekod Perubatan merangkumi sub topik seperti Pendaftaran Rekod dan pemantauan Rekod, Penerimaan dan Semakan, Pelaksanaan Sistem Fail dan Pinjaman Rekod.Disini akan membincangkan sub topik Pendaftaran Rekod dan Pemantauan Rekod.

Pertama sekali ialah rekod yang dihantar ke unit rekod perubatan perlu didaftar. Antara maklumat yang terkandung didalam pendaftaran rekod ialah :
  1. Nombor Rekod Pesakit
  2. Nama Pesakit
  3. No kad pengenalan atau pasport pesakit
  4. Kewarganegaraan
  5. Tarikh masuk
  6. Tarikh DIscaj
  7. Disiplin
  8. Tarikh Terima Rekod
  9. Ringkasan Discaj : ada/tiada
  10. Rekod lengkap/tidak lengkap
  11. Status pesakit semasa discaj : hidup/meninggal dunia
  12. Kes perundangan perubatan : ya/tidak
  13. Jenis rekod : rekod pesakit dalam/rekod klinik pakar/rekod kecemasan
  14. Tarikh permohonan pinjaman rekod
  15. Tarikh rekod dipinjamkan
  16. Dipinjam oleh
  17. Tarikh rekod dipulangkan
  18. Status rekod : tidak aktif/telah dihapuskan
Bagi kemasukan kemasukan kali kedua dan seterusnya, hanya maklumat bagi perkara 5-13 (diatas) perlu di isi. Bagi pinjaman rekod perubatan hanya maklumat bagi perkara 14-18(diatas) perlu di isi.

Seterunya Unit Rekod perubatan perlu mewujudkan kad indeks atau Patient Master Index (PMI) bagi semua rekod perubatan. Penggunaaan kad ini akan memudahkan Unit Rekod menyemak dan mengesan rekod.
Patient Master Index



Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005


Friday, November 20, 2009

Pengurusan Rekod Perubatan (Part 7) : Pengendalian Rekod di Luar Unit Rekod : Klinik

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Isu lepas telah membincangkan Pengendalian Rekod di luar Unit Rekod dibawah tajuk Unit Daftar Masuk dan Wad. Kali ini akan membincangkan Pengendalian Rekod di luar Unit Rekod dibawah tajuk Klinik.

Pihak klinik perlu mengenalpasti seorang anggota yang akan bertanggungjawab keatas rekod perubatan yang dipinjam atau disimpan diklinik. Perkara yang perlu dilaksanakan yang pertama ialah Mengurus dan menyimpan rekod secara teratur dan memastikan rekod tidak dambil oleh ornag yang tidak berkenaan.

Kedua ialah memastikan rekod perubatan di bawa oleh anggota hospital sendiri dan tidak diserah kepada pesakit atau keluarganya semasa pesakit pergi menjalani ujian atau prosidur dibahagian lain.

Ketiga Menghantar rekod dipinjam kembali ke Unit Rekod dalam tempoh 24 jam selepas klinik selesai.

Keempat, Memastikan rekod dihantar oleh anggota bertugas terus ke unit rekod dengan menggunakan bekas atau beg yang sesuai untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan rekod.


Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005


Pengurusan Rekod Perubatan (Part 6) : Pengendalian Rekod di Luar Unit Rekod : Unit Daftar Masuk dan Wad

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Isu kali ini akan membincangkan Pengendalian Rekod di luar Unit Rekod bagi setiap hospital.Pengendalian rekod di luar Unit Rekod terbaghagi kepada Unit Daftar Masuk, Wad, dan Klinik. Disini akan membincangkan pengendalian Rekod di luar Unit rekod dalam penghkususan Unit Daftar Masuk dan Wad.

Bagi Unit Daftar Masuk, pertama sekali ialah Unit Daftar Masuk perlu memastikan pesakit hanya diberi satu nombor rekod perubatan (MRN) yang akan digunakan setiap kali datang mendapatkan rawatan hospital berkenaan. Sekiranya pesakit sesuatu penyakit seperti Lelah pernah datang, semakan boleh dibuat dengan unit rekod.

Seterusnya bagi borang kemasukan, surat rujukan dan lain-lain dokumen yang berkaitan perlu dikemukakan ke wad untuk memasukkan kedalam rekod pesakit.

Bagi Wad pula, Pihak wad perlu mengenalpasti seseorang anggota yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengendali rekod perubatan semasa pesakit berada di wad. pertama sekali perkara yang perlu dilaksanakan ialah Megurus dan menyimpan rekod di wad secara teratur dan memastikan rekod tidak diambil oleh orang yang tidak berkenaan.

Seterusnya, Memastikan rekod perubatan dibawa oleh anggota hospital sendiri dan tidak diserah kepada pesakit, keluarganya atau sesiapa sahaja yang tidak berkenaan, semasa pergi ke klinik, ke dewan bedah atau ke bahagian-bahagian lain di hospital.

Setelah pesakit discaj, anggota yang bertanggungjawab di wad perlu melaksanakan perkara seperti yang pertama ialah Menghantar senarai discaj ke unit rekod pada keesokan hari selepas discaj.

Kedua ialah menyemak dan memastikan rekod perubatan mengandungi borang dan dokumen lengkap.

Ketiga ialah Memastikan ringkasan discaj yang telah disediakan oleh pegawai perubatan disimpan satu salinan dalam rekod perubatan.

Keempat ialah menghantar rekod perubatan bagi pesakit yang telah discaj ke unit rekod dalam tempoh 72 jam selepas discaj. sekiranya ringkasan discaj belum disiapkan, pegawai yang berkenaan perlu berurusan dengan unit rekod untuk meminjam rekod.

Kelima ialah memastikan rekod dihantar oleh anggota bertugas terus ke unit rekod dengan menggunakan bekas atau beg yang sesuai untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan rekod.


Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005



Pengurusan Rekod Perubatan (Part 5) : Kandungan Rekod Perubatan : Susun Atur Borang dan Dokumen

Oleh Kharul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Seperti yang telah dibincangkan, Kandungan Rekod Perubatan mengandungi Catitan Maklumat dan juga Susun atur borang atau dokumen. Kali ini akan membincangkan mengenai susun atur borang atau dokumen.

Pertama sekali ialah rekod perubatan mengandungi berbagai jenis borang dan dokumen penting yang berkaitan dengan rawatan pesakit. Kesemua borang dan dokumen perlu disusun secara teratur bagi memudahkan semua pihak mencari maklumat.

Kedua ialah setiap helaian borang, muka surat dan dokumen perlu dicatitkan MRN (nombor rekod erubatan) pesakit bagi memastikan tidak berlaku pertuaran ataupun kesilapan memfail.

Terakhir sekali Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab memastikan semua borang dari dokumen telah disusun sebelum rekod di failkan.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Pengurusan Rekod Perubatan (Part 4) : Kandungan Rekod Perubatan : Catitan Maklumat

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Apakah yang terkandung didalam Rekod Perubatan, disini akan membincangkan mengenai kandungan didalam rekod perubatan. Kandungan rekod perubatan mengandungi Catitan Maklumat dan juga Susur atur borang dan dokumen. Didalam seksyen ini akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai Catitan Maklumat.

Perkara yang terkandung didalam Catitan Maklumat pertama sekali iala Pegawai dan anggota yang terlibat dengan pemeriksaan dan rawatan individu perlu membuat catitan yang lengkap, jelas dan senang dibaca. Semua catitan hendaklah dinyatakan masa dan tarikhnya, ditandatangani dan dicop nama pegawai.

Seterusnya, Semua maklumat mengenai pemeriksaan dan rawatan individu di hospital, konsultasi melalui telefon dan sebaginya perlu didokumenkan didalam rekod perubatan. Catitan yang dibuat hendaklah yang berkaitan dengan masalah kesihatan dan rawatan pesakit.

Ketiga, Maklumat didalam rekod perubatan tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya. Sekiranya terdapat kesilapan, ianya perlu dipotong dengan kemas (single line). Maklumat yang betul perlu dicatit dan diiringi dengan tandatangan pencatit berserta tarikh dan masa pembetulan dibuat. Penggunaan pemadam atau liquid paper tidak dibenarkan.

Keempat, penggunaan kata singkatan tidak digalakkan. Sekiranya perlu digunakan hanya kata singkatan yang diluluskan oleh kementerian kesihatan.

Kelima, Ringkasan discaj perlu disediakan bagi semua kemasukan dan merangkumi maklumat mengenai masalah kesihatan, pemeriksaan, rawatan, diagnosis pesakit serta tindakan susulan.Semua diagnosis penyakit hendaklah menggunakan versi terkini mengikut international Classification of Diseases (ICD).

Akhir sekali, borang serta format yang digunakan dalam rekod perubatan adalah yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan Malaysia.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia
http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Thursday, November 19, 2009

Today is The Big Day for Me

By Khairul Izzuan Ahmad

Dear My Beloved Brother, Mohd Khairil Ahmad.

"Congratulation for your UPSR result, 1A4B. You give me a proud to be your older brother, You proof by yourself you get better and better in your life, from beginning you study until now, believe yourself and give a many effort to be greater person in future, hoping you have a bright successful future and can be a good person to your race, nation and religion."


Im always pray for you...

Khairul Izzuan Ahmad

Wednesday, November 18, 2009

Pengurusan Rekod Perubatan (Part 3) : Rekod Perubatan dan Langkah-Langkah Harus di Ambil oleh Pihak Hospital

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Seperti yang telah diketahui, rekod perubatan adalah amat penting diuruskan dengan sempurna bagi mengelakkan kemalangan rekod hilang, rosak dan sebagainya. Rekod Perubatan dpat didefinasikan sebagai Dokumen yang mengandungi berbagai jenis maklumat mengenai kesihatan individu dan reawatan yang di perolehinya semasa dihospital. Seperti yang telah dinyatakan diatas, rekod perubatan adalah amat penting diuruskan dengan sempurna dan disini akan membincangkan langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak hospital bagi memastikan penyediaan rekod perubatan yang teratur.

Pertama sekali ialah Menyediakan satu fail perubatan bagi setiap pesakit yang mendapat rawatan di hospital.

Kedua ialah Memberikan hanya satu nombor rekod perubatan (MRN) atau nombor rekod pesakit untuk seseorang pesakit. Nombor ini akan digunakan disemua borang atau dokumen berkaitan rawatan disemua bahagian di hospital. Hal ini bagi memudahkan pengenalpastian borang dan dokumen serta untuk mengesan rekod perubatan dengan mudah dan cepat.

Ketiga ialah Menyimpan semua rekod perubatan bagi pesakit, terutamanya bagi rekod kemasukan ke wad, dalam satu fail dan disimpan di Unit Rekod atau di bawah pengurusan Unit Rekod. Rekod perubatan pesakit seharusnya mengandungi semua maklumat rawatan yang diterima dari pelbagai jabatan dan unit di hospital.

Keempat ialah Melaksana Nota kes atau rekod beruntegrasi (Intergrated case note or record) yang bermaksud bagi setiap kemasukan ke wad, catitan rawatan oleh semua personel kesihatan dibuat dalam "continuation sheet" yang sama, berturutan (tanpa ada ruang ditinggalkan) dan tersusun mengikut kronologi atau susuan masa.

Kelima ialah Menyimpan semua dokumen dan borang dalam sesuatu rekod perubatan secara teratur dan mengikut susunan yang ditetapkan.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia
http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Pengurusan Rekod Perubatan (Part 2) : Unit Rekod Perubatan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Setiap Hospital perlu mempunyai Unit Rekod Perubatan yang diketuai oleh pegawai ataupun penolong pegawai rekod perubatan serta mempunyai bilangan anggota yang mencukupi dan terlatih untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan mengurus rekod dan maklumat, disini akan menerangkan tugas Unit Rekod Perubatan dan juga kemudahan atau fasiliti didalam Unit Rekod Perubatan.

Pertama sekali tugas Unit Rekod Perubatan ialah menyelaraskan urusan berkaitan dengan rekod perubatan di hospital seperti menyediakan Sistem Nombor Rekod, Sistem Fail dan Prosidur Mengurus Rekod di semua bahagian hospital.

Keduanya ialah Memantau pergerakan dan penggunaan rekod bagi menjaga aspek-aspek rahsia dan keselamatan serta mengelakkan kemalangan rekod hilang ataupun rekod tidak dapat dikesan.

Ketiga ialah Menyimpan rekod mengikut tempoh yang ditetapkan (mengikut jadual pemisahan rekod) dan melaksanakan aktiviti pelupusan bagi rekod yang tidak lagi diperlukan.

Keempat ialah Menyelaras permohonan laporan perubatan, lembaga perubatan dan juga penyediaan statistik rawatan perubatan bagi kepentingan perubatan masa hadapan.

Kemudahan dan fasiliti di Unit Rekod Perubatan ialah Unit ini perlu dilengkapi dengan kemudahan dan ruang mencukupi untuk semua urusan rekod termasuk penyimpanan.Kemudahan ruang atau bilik yang dilengkapi komputer perlu disediakan di unit rekod untuk kegunaan pegawai dan anggota yang ingin membuat semakan keatas rekod untuk tujuan laporan, kajian, penyelidikan dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan risiko kehilangan sekiranya rekod dibawa keluar dari unit rekod.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia
http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis Panduan Rekod Perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Pengurusan Rekod Perubatan (Part 1)

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Rekod perubatan amat penting dalam perkhidmatan rawatan sama ada di hospital atau klinik. setiap individu yang mendapat rawatan di hospital akan mempunyai rekod perubatan masing-masing yang disimpan oleh pihak hospital atau klinik.

Diantara ciri penting rekod perubatan ialah dokumen atau rekod yang dihasilkan ini perlu sentiasa ada apabila diperlukan dan isi kandungannya jelas, lengkap dan boleh difahami.

Rekod perubatan diklasifikasikan sebagai sulit berdasarkan etika perubatan, oleh itu dokumen ini tidak boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja yang tidak berkenaan tanpa mendapat izin pesakit.

Kegunaan rekod perubatan ialah untuk membantu dalam pemberian rawatan yang tepat dan berterusan. Pengumpulan data untuk tujuan perancangan dan pembangunan perkhidmatan, penyelidikan serta untuk pengajaran atau pembelajaran.

Tanggungjawab pengurusan rekod perubatan adalah di bawah tanggungjawab Unit Rekod Perubatan di setiap hospital dan pengurusan rekod yang sempurna akan dapat mengatasi msalah rekod rosak, tidak dapat dikesan, hilang, dan sebagainya.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia
http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

Warta Kedah : Pengurusan Rekod Sangat Penting

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 26 Mei: Pengurusan rekod adalah satu aktiviti yang menentukan supaya semua rekod-rekod yang diperlukan oleh mana-mana pihak pengurusan dapat diperolehi dengan cepat dan tepat.


Menurut Puan Sharifah Sazliha Sulaiman dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara menegaskan bahawa pengurusan rekod ialah satu cara saintifik untuk merekod dan mengawal maklumat dari masa ianya diwujudkan sehinggalah ianya dihapuskan.


Maklumat adalah satu alat yang paling penting untuk sesebuah organisasi dalam perjalanan aktivitinya dan cara menguruskan rekod adalah dengan memelihara semua rekod yang kekal, memisah dan memindahkan serta menghapuskan rekod yang tidak berguna lagi di samping mengadakan jadual untuk menunjukkan tempoh penggunaan rekod dan mengadakan alat kelengkapan yang sesuai untuk rekod,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk ‘Pengurusan Sistem Fail dan Rekod’ di Bilik Kuliah ILHAM, Kompleks Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN), di sini.Kursus Profesionalisme anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama INSPIN disertai oleh pembantu-pembantu khas kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah.


Matlamat utama kursus itu diadakan adalah untuk memberi maklumat yang tetap dan lengkap apabila diperlukan untuk mengurus dan mengendalikan organisasi dengan cekap serta berkesan.


“Pengkajian dan penentuan jenis-jenis rekod yang perlu diwujudkan oleh sesebuah agensi adalah untuk mengawal pertumbuhan rekod dan memastikan ianya disalurkan dengan betul supaya keutuhan rekod itu terpelihara dan kaitan antara satu kumpulan rekod dengan yang lain tidak terhalang,” katanya.


Beliau menjelaskan, pembentukan dan pengawalan sistem penggunaan rekod dan maklumat di sesebuah agensi adalah untuk menjamin supaya rekod yang bertaraf aktif dan separa aktif dapat diselenggara, dipelihara dan digunakan dengan cekap dan sempurna oleh semua pihak yang memerlukannya.


Mengkaji dan mengenal pasti rekod-rekod untuk simpanan sementara, kekal atau pemusnahan pula adalah bertujuan untuk memastikan sesebuah organisasi tidak dibebankan dengan jumlah rekod atau media maklumat yang terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan kegendalaan dalam proses pentadbiran dan pengurusan harian.


Sebagai perbuatan, katanya, ‘rekod’ bererti tulis, catat, rakam serta daftar dan sebagai kata nama, ‘rekod’ bermaksud suatu bahan tulisan, catatan, rakaman dan daftaran.


Sebarang catatan atau sekumpulan dokumen yang mengandungi maklumat ada kaitan antara satu sama lain, diwujudkan dalam sesuatu urusan serta wujud dalam apa jua bentuk,” tambahnya.


Beliau memberitahu, rekod perlu dipindahkan bagi memastikan rekod-rekod bernilai sejarah dipelihara lebih selamat untuk keperluan penyelidikan dan rujukan di samping meningkatkan kecekapan jabatan dalam pengurusan rekod di mana rekod aktif sahaja disimpan di jabatan.


Kumpulan rekod yang tidak boleh dipindahkan ialah rekod-rekod terperingkat dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Pindaan 1986) yang belum diturunkan taraf dan rekod-rekod tertentu yang perlu disimpan oleh sebab kepentingan pentadbiran atau perundangan.


Tugas-tugas pegawai rekod jabatan ialah bertanggungjawab bagi menyimpan rekod-rekod dengan rapi dan cara-cara menyimpannya dengan sistem yang teratur, menentukan supaya rekod-rekod yang masih dipakai di jabatan atau pejabat dipelihara dengan baik serta berhubung dengan Arkib Negara di atas apa-apa perkara yang tidak dipakai,” katanya.


Di samping itu, katanya, tugas-tugas lain yang perlu dilaksanakan oleh pegawai rekod jabatan ialah menentukan rekod-rekod tidak dipakai dan tidak dimusnahkan sebelum mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Arkib Negara menurut Seksyen 10 di bawah Undang-Undang Arkib Negara No.44 tahun 1966 serta menentukan rekod-rekod yang tidak dipakai dan dipindahkan ke Arkib Negara setelah memperolehi kelulusan dari Arkib Negara.

Sumber
Warta Kedah Darul Aman
http://www.wartakedah.com/?lang=my&id=6&mnu=6&act=5&content=335


Bahagian Pusat Pengurusan Rekod Jabatan Pendaftaran Negara

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

:: Latar Belakang ::

Bahagian Pusat Pengurusan Rekod merupakan satu unit yang menguruskan penyimpanan dan pengeluaran semula semua dokumen penting JPN sama ada dalam bentuk dokumen fizikal, mikrofilem dan rekod digital secara berpusat.

Rekod Digital - Semua rekod dokumen penting SIREN yang diwartakan yang telah diimbas dan disimpan dalam bentuk digital (imej)

Unit ini dibentuk selaras dengan pelaksanaan Projek Pengkomputeran JPN 1996 - 2000 bagi menguruskan rekod-rekod JPN secara lebih teratur dan seragam. Telah mula beroperasi pada 18 Oktober 1999 dan terletak di Bangunan JPN Ibu Pejabat, Putrajaya


:: Objektif ::

  1. Mewujudkan satu sistem penyimpanan dokumen secara berpusat.

  2. Menyediakan sistem pengurusan dokumen yang seragam.

  3. Menyediakan 'single point retrieval' bagi semua jenis dokumen.

  4. Mengeluarkan semula dokumen mengikut permintaan pelanggan secara elektronik

:: Fungsi ::

  1. Pentadbiran dan pengurusan dokumen fizikal.

  2. Pengurusan Peralihan Dokumen ke Media - Mikrofilem & Digital.

  3. Pengeluaran semula dokumen.


:: Aktiviti Pusat Pengurusan Rekod ::


(A) Pengurusan Dokumen Fizikal

  • Penentuan jadual penghantaran & penerimaan.

  • Penerimaan dokumen dari pejabat-pejabat JPN.

  • Merekod ke dalam sistem Physical Document Tracking System (PDTS).

  • Mengagih dokumen mengikut aktiviti dan jenis.

  • Menyimpan dokumen di tempat yang dikhaskan.

  • Menghantar dokumen untuk peralihan (conversion).

  • Mengambil semula dan menyimpan dokumen yang telah selesai proses peralihan.

  • Mengeluarkan dokumen mengikut permintaan.

  • Kemaskini 'Integrated Retrieval System' (INTERIS)

  • Mengeluarkan laporan bulanan


(B) Pengurusan Peralihan Dokumen (Mikrofilem)

  • Menerima dokumen fizikal.

  • Penyediaan dokumen.

  • Proses peralihan dokumen.

  • Mengindeks dokumen.

  • Menyimpan mikrofilem.

  • Mengemaskini INTERIS.

  • Menyusun dan mengembalikan dokumen fizikal untuk disimpan.

  • Menyedia laporan.


(C) Pengurusan Peralihan Dokumen (Digital)

  • Menerima dokumen fizikal.

  • Membuat penyediaan dokumen.

  • Mengimbas dokumen.

  • Mengemaskini indeks & QC imej.

  • Menyusun dan mengembalikan dokumen fizikal untuk disimpan.

  • Menyedia laporan bulanan.


(D) Pengurusan Pengeluaran Semula Dokumen

  • Menerima permintaan.

  • Menyemak indeks dan kedudukan dokumen melalui Integrated Retrieval System (INTERIS)

  • Mendapatkan dokumen dari rak simpanan fizikal, salinan mikrofilem atau dokumen digital.

  • Mengeluarkan salinan dokumen dan hantar.


:: Jenis-jenis Rekod Yang Disimpan ::

  1. Kad Pengenalan

  2. Kelahiran, Kematian & Anak Angkat

  3. Warganegara

  4. Perkahwinan & Perceraian


Sumber
Jabatan Pendaftaran Negara
http://www.jpn.gov.my/1_6_4_rekod.php

Sunday, November 15, 2009

Islam dan Rekod : Kelantan Lancar Sistem Data Rekod Perkahwinan, e-Nikah

oleh Utusan Malaysia

KOTA BHARU 26 Ogos – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra hari ini berkenan melancarkan sistem e-Nikah iaitu sistem pengurusan rekod perkahwinan orang Islam secara elektronik.Selain salah satu usaha memartabatkan pengurusan Islam di negeri itu, e-Nikah juga membolehkan tahap perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dipertingkatkan.

Ia juga dijangka dapat mengatasi kelemahan sistem fail secara konvensional yang diamalkan kini.Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap pada majlis tersebut berkata, e-Nikah dibangunkan menggunakan kaedah antaramuka web yang hanya memerlukan sambungan ke Internet bagi membolehkan seseorang menggunakan sistem itu.

Katanya, ia mengandungi sekurang-kurangnya tujuh modul yang utama iaitu modul pra per perkahwinan, modul benar nikah, modul pendaftaran perkahwinan, modul pendaftaran perceraian, modul pendaftaran rujuk, modul pengeluaran kad nikah dan modul carian dan pengesahan.

‘‘Modul yang masih dalam pembinaan adalah seperti modul Informasi Keluarga Islam (IKIS) yang akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

‘‘Modul ini boleh menyimpan maklumat satu-satu keluarga secara terperinci dan mungkin suatu masa nanti pengguna boleh mendapatkan salasilah sesuatu keluarga dengan mudah berdasarkan maklumat berkenaan,” katanya.Nik Abdul Aziz berkata, kesemua modul yang dibangunkan itu adalah mengikut prosedur yang diguna pakai berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.

‘‘Antara kelainan sistem ini adalah penggunaan tulisan jawi yang digunapakai khususnya dalam pengeluaran surat kebenaran dan sijil-sijil,” tambahnya.Katanya, dengan menggunakan kaedah penukaran automatik dan manual, ia sedikit sebanyak memudahkan dan mencepatkan proses memasukkan data.

Justeru, beliau berharap kejayaan itu adalah suatu permulaan kepada perubahan yang boleh dikongsi antara agensi berkaitan dan sentiasa menerima penambahbaikan demi kecemerlangan pengurusan Islam yang cekap dan berkualiti.

Sumber
Utusan Malaysia - 27 Ogos 2007

Kepentingan Menjaga Rekod-Rekod Negara

Oleh Rampaisari (Sumbangsih Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan)

Rekod merupakan satu cara yang digunakan untuk menyimpan maklumat-maklumat yang diwujudkan atas peristiwa yang berlaku pada satu-satu masa. Rekod adalah berbeza dengan jenis maklumat yang lain memandangkan rekod-rekod ini wujud berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku dan juga merupakan sumber primer yang mustahak.

Rekod boleh dikategorikan dalam pelbagai bentuk khususnya dengan bantuan teknologi digital yang canggih. Keunikan rekod boleh dilihat dalam kaedah pengurusan rekod itu sendiri yang menitikberatkan kandungan, struktur dan konteks bagi memastikan integriti adalah tinggi bagi tujuan memastikan kesahihan akan peristiwa yang berlaku pada satu-satu masa dan juga pihak yang bertanggungjawab atas peristiwa tersebut.

Atas faktor-faktor inilah, maka nilai-nilai `kebuktian' dapat dijaga dengan baik dan nilai-nilai ini adalah sangat kritikal bagi memastikan negara kita merupakan negara yang berdaulat dan mempunyai perundangan sendiri tanpa perlu ada campur tangan dari pihak luar yang ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan sesebuah negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah mengatakan betapa perlunya badan-badan kerajaan menguruskan rekod-rekod kerajaan dengan baik dan sistematik. Merekodkan semua aktiviti yang berlaku dalam agensi kerajaan adalah sangat penting bagi mempelajari segala kelemahan yang pernah berlaku dan membolehkan mencari formula bagi mengatasi masalah yang sama tidak berlaku pada masa mendatang.

Abdullah sendiri memberi contoh bagaimana peristiwa Kampung Medan yang berlaku empat tahun lalu dapat diatasi dengan melaksanakan strategi yang sama bagi mengatasi peristiwa 13 Mei. Bukan ini sahaja tujuan rekod sebenarnya, terdapat banyak lagi, terutamanya apabila kita cuba menyelami sejarah negara yang bermula sejak zaman Tanah Melayu.

Kita pernah dijajah oleh banyak bangsa semenjak zaman Melaka; Siam, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Oleh yang demikian, rekod-rekod telah diwujudkan dalam pelbagai bahasa dan ia berselerak di serata dunia dan ini perlu kepada satu usaha untuk menjejak semula rekod-rekod ini.

Menjejak semula rekod-rekod ini adalah usaha penting dan isu lain yang muncul ialah bagi memastikan isi kandungan pada masa rekod diwujudkan adalah asli dan sahih sebagaimana pada masa lampau. Satu bentuk pemeliharaan adalah kritikal bukan sahaja berbentuk fizikal tetapi juga intelektual.

Penterjemahan pada rekod-rekod ini juga ada dibuat terutamanya rekod-rekod dari Portugal dan Belanda tetapi usaha ini agak berat memandangkan kesukaran yang dihadapi oleh Arkib Negara Malaysia ialah untuk mendapatkan penterjemah yang fasih berbahasa Portugis dan Belanda lama kalaupun tidak kuno.

Penterjemahan bukan sahaja bermaksud pada bahasa itu sendiri tetapi juga maksud yang cuba disampaikan kerana pada hemat penulis, analisis kandungan itu sendiri merupakan satu bentuk penterjemahan yang penting bagi memastikan penyampaian maksud dengan tepat bagi mengelakkan syak wasangka dan salah faham.

Dalam kata lain, rekod ketepatan penyampaian rekod adalah signifikan kerana faktor `kebuktian' yang sangat kritikal. Sejarah negara ini juga bergantung kepada ketepatan penyampaian isi kandungan, oleh itu peranan kandungan, struktur dan konteks perlu dimainkan dengan berhati-hati agar kesinambungan dalam mengesahkan maklumat yang dinyatakan ialah melalui pengesanan sejarah lisan.

Penulis percaya sejarah lisan akan banyak membantu terutamanya dalam mengesahkan peristiwa yang berlaku tetapi mesti melalui proses yang intensif dan berhati-hati dalam memilih orang yang diwawancara melalui kaedah-kaedah yang telah dikenal pasti.

Sir Hillary Jenkinson, seorang pakar terkenal dalam dunia kearkiban pada awal abad 20-an ada mengatakan bahawa pemeliharaan keintelektualan rekod perlu dilihat melalui pengamalan prinsip respect des fond yang betul. Prinsip ini menyatakan bahawa satu kumpulan rekod itu perlu dijaga berasaskan bagaimana ia diuruskan oleh pewujudnya.

Susunan asal rekod-rekod tersebut tidak boleh diubah sama sekali atau diselewengkan sama sekali memandangkan setiap rekod mempunyai kesinambungan di antara satu sama lain, maka sekiranya dipecahkan akan menyebabkan kehilangan konteks dan seterusnya nilai kebuktian yang ada.

Ketidaksahihan dan ketidaktepatan maklumat boleh menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak selesa seperti kes Pulau Batu Putih walaupun Pulau Sipadan dan Ligitan dibuktikan kepunyaan Malaysia. Kes seperti ini memerlukan rekod-rekod yang diwujudkan puluhan tahun malahan ratusan tahun dulu dan sekiranya kita tidak memelihara rekod-rekod ini, sebarang usaha akan menjadi sia-sia.

Oleh sebab itu, kerajaan menekankan betapa pentingnya rekod-rekod dijaga, diurus dan dipelihara dengan meluluskan Akta Arkib Negara 2003, di mana denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali ke atas kakitangan kerajaan yang didapati tidak mengawal dan mengurus rekod-rekod kerajaan dengan baik.

Kesignifikan rekod-rekod ini telah pun lama disedari oleh negara-negara Barat, dengan itu telah mewujudkan satu disiplin khusus yang dikenali sebagai Pengurusan Rekod. Pengurusan Rekod merupakan satu sistem pengurusan yang menitikberatkan proses kewujudan rekod berasaskan kepada kitar hayat hidup rekod bagi memastikan keberkesanan pemeliharaan dan penyampaian isi kandungan.

Disiplin ini ditawarkan sebagai subjek teras di universiti-universiti terkemuka seperti Universiti College London, Universiti Liverpool, Universiti British Columbia, Universiti Arizona. Di Asia Tenggara, satu-satunya universiti menawarkan disiplin ini adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Fakulti Pengurusan Maklumat menerusi program Sarjana Muda Pengajian Maklumat dengan pengkhususan Pengurusan Rekod.

Program Pengurusan Rekod diwujudkan di atas kesedaran bahawa rekod adalah satu bentuk mekanisme yang digunakan untuk memelihara aktiviti-aktiviti yang pernah diadakan melalui penjagaan `memori korporat' ke atas seseorang individu mahupun organisasi serta masyarakat.

Rekod sebagai satu memori yang berpanjangan akan membolehkan satu bentuk perancangan yang berkualiti melalui akses kepada pengalaman yang lalu dan satu sumber utama atas kefahaman dan pengenalan kepada kewujudan diri kita, organisasi dan masyarakat serta merupakan satu alat perhubungan atau komunikasi ke atas nilai-nilai politik, sosial dan budaya.

Di United Kingdom, misalnya, pemeliharaan rekod adalah satu tugas yang dipandang serius yang mana hasil yang dapat dilihat pada hari ini ialah kejayaan mereka memelihara ``Doomsday Book'' yang berumur lebih seribu tahun (diwujudkan pada 1002M) dalam bentuk fizikal dan intelektual.

``Doomsday Book'' masih boleh dilihat di The National Archives of United Kingdom tetapi berbentuk salinan manakala yang asli dipelihara berasingan bagi tujuan keselamatan fizikal dan intelektual. Judul pada rekod tersebut mungkin akan menyebabkan kita tertanya-tanya; adakah isi kandungannya adalah seperti yang disangka?

Ia sebenarnya adalah rekod yang berkaitan dengan hak milik tanah dan masih dianggap penting pada hari ini bagi memastikan hak asasi rakyat terpelihara begitu juga dengan kedaulatan kerajaan itu sendiri.

Sumber
Utusan ( 19 Disember 2005)
http://rakan.jkr.gov.my/ckub/a_main/q_rampaisaridtl.asp?fid=61

Saturday, November 14, 2009

Book review : Mengurus Rekod Perkhidmatan Kaunseling


Penulis : Ahmad Amin Mohamad Sulaiman, Nor Shafrin Ahmad,
Jumlah Muka surat : 190

Buku ini menerangkan tatacara dan model bagi mengurus perkhidmatan kaunseling. Bagi mengukuhkan kefahaman pembaca implikasi merekod perkhidmatan juga dijelaskan daripada pelbagai aspek.

Perkembangan masyarakat yang menghampiri status masyarakat maju membawa banyak perubahan. Tidak semua perubahan dapat diterima dengan mudah, bahkan sebahagiannya menimbulkan kegusaran dan kegelisahan baru. Kaunseling sebagai bidang yang progresif dan dinamik sentiasa berusaha menyesuaikan perkhidmatan mengikut keperluan masyarakat. Atas kesedaran inilah bilangan kaunselor ditambah dengan pesatnya supaya berupaya menampung keperluan yang semakin mendesak berbanding sedekad yang lalu.

Dengan termaktubnya akta yang mengawal perkembangan amalan kaunseling di Malaysia, kaunselor dan pengamal kaunseling yang lain perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan supaya terus berdaya maju seiring dengan perkembangan tersebut. Pengurusan rekod dan dokumentasi lain tidak harus dilihat sebagai tugas sampingan tetapi sama pentingnya dengan sesi kaunseling terapeutik. Akauntabiliti dan tahap profesional seseorang kaunselor atau pengamal kaunseling tidak lagi diukur dengan maklum balas klien sahaja tetapi menerusi bukti-bukti yang boleh dijustifikasikan. Oleh yang demikian, kemahiran pengurusan rekod perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan kaunselor atau pengamal kaunseling di Malaysia ialah kekurangan bahan-bahan rujukan tentang pengurusan rekod dalam perkhidmatan kaunseling. Keadaan ini bukan sahaja menjadi isu tempatan bahkan sebenarnya dihadapi juga oleh rakan sejawat di seluruh dunia. Kesedaran ini mendorong kepada usaha melahirkan buku Mengurus Rekod Perkhidmatan Kaunseling supaya dapat menjadi panduan utama kepada mereka yang menceburi bidang ini.

Menerusi buku Mengurus Rekod Perkhidmatan Kaunseling, pendedahan bukan sahaja dibuat menerusi fakta dan informasi pengurusan rekod tetapi juga dilengkapi dengan tatacara, model dan penerangan yang terperinci. Topik-topik yang dibentangkan disusun mengikut turutan sebenar dalam amalan kaunseling. Bagi mengukuhkan kefahaman pembaca tentang implikasi rekod kepada perkhidmatan, perbincangan berhubung kesan dan akibat daripada pelbagai aspek termasuk perundangan digarap mengikut bab.

Persembahan sedemikian menjadikan buku ini sesuai bagi bacaan dan rujukan pelajar-pelajar pengkhususan kaunseling, kaunselor pelatih, guru bimbingan di sekolah rendah, guru kaunseling di sekolah menengah, kolej dan institusi pendidikan lain, para pendidik kaunselor, kaunselor di sektor awam dan swasta, kaunselor sukarela, pengamal kaunseling persendirian serta mereka yang berminat dengan bidang kaunseling.

Mudah-mudahan buku ini membantu usaha mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang lebih mantap dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

Sumber
Bookcafe http://www.bookcafe.com.my/my/pendidikan/kaunseling/mengurus-rekod-perkhidmatan-kaunseling.html

Monday, November 9, 2009

Islam dan Rekod di Malaysia : kepentingan dan hikmahnya

Oleh Khairul Izzuan Ahmad


Islam telah pun bertapak di Malaysia sejak berkurun lamanya, hal ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu dan juga kewujudan kerajaan Islam Melaka. Dari awal Islam bertapak di semenanjung Tanah Melayu, Islam telah membawa banyak perubahan kepada sistem kehidupan di dalam masyarakat bermula dari institusi keluarga, masyarakat dan juaga aspek pemerintahan kerajaan. Islam juga didalam ajarannya menekannkan kepentingan pendidikan dimana ilmu merupakan wadah yang penting dalam menjamin keberlangsungan kehidupuan manusia dan juga sesebuah tamadun dan negara itu sendiri. Bermula dari ilmu, manusia meneyedari akan keadilan dan kesaksamaan didalam pergaulan antara manusia dengan manusia itu sendiri. Menyebut mengenai keadilan dan kesaksamaan, keadilan dapat ditegakkan melalui bukti yang kukuh dan tepat, maka dari sudut pengurusan rekod dapat dikaitkan bahawa rekod diwujudkan bagi mendukung kesahihan dan ketepatan sesuatu peristiwa atau aktiviti yang dilakukan oleh individu atau sesebuah institusi, dengan kata lain rekod adalah bukti bagi sesuatu peristiwa dan juga aktiviti. Maka disini akan membincangkan kaitan Islam dan rekod di Malaysia bagi menjamin keadilan dan kesinambungan kehidupan manusia itu sendiri.


Seperti yang telah dinyatakan pada awal pengenalan di atas, rekod diwujudkan bagi menjamin keadlian dan rekod berfungsi sebagai bukti. Menurut sejarah di Malaysia, bermula dengan tamadun Islam Melaka, wujudnya Hukum kanun Melaka dan juga Hukum Laut Melaka dan ia telah ditulis didalam tulisan Jawi, undang-undang ini diguna pakai bagi menjaga keharmonian negara sama ada di darat atau di laut. Hukum Kanun Melaka dan Laut Melaka boleh dikatakan sebagi rekod dan ia diwujudkan bagi membuktikan bahawa apa-apa tindakan yang dilakukan oleh seseorang di dalam kerajaan Melaka adalah benar atau salah dan hukuman akan dikenakan berdasarkan undang-undang (rekod undang-undang) yang dibuat. Selain itu kerajaan Melaka juga mempunyai karyawan yang terulung yang telah mencatatkan rentetan peristiwa bersejarah di Melaka, sebagai contoh Tun Sri Lanang yang juga sebagai salah seorang bendahara kesultanan Melayu Johor telah pun mencatatkan sejarah Melayu di Melaka dan ia menjadi sumber sejarah sehingga kini. Selain itu Batu bersurat yang dijumpai di Terengganu merekodkan mengenai kerajaan Islam di Pantai timur Semenanjung tanah melayu. Maklumat yang terkandung didalam batu bersurat tersebut amat penting dan boleh dijadikan bukti bagi membuktikan Islam telah pun bertapak di Tanah Melayu pada jangka masa yang lama. Setelah kedatangan Portugis ke Melaka, rekod-rekod kerajaan Melaka hilang lenyap begitu sahaja sehinggakan sukar bagi ahli sejarawan untuk mengesahkan tentang percanggahan antara sejarah dan lagenda, sebagai contoh tiada rekod yang khusus yang menerangkan kwujudan Hang Tuah dan lima bersaudara, hanya yang wujud ialah Hikayat Hang Tuah yang didalamnya mempunyai percanggahan antara fakta dan fiksyen, sebagai contoh menurut Sejarah Melayu, Hang Tuah bertarung dengan Hang Kasturi tetapi didalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat, percanggahan ini disebabkan tiada rekod yang khusus bagi menerangkan apa yang telah terjadi pada masa tersebut. Maka disini, dapat lah diambil iktibar bahawa rekod adalah penting bagi mencari bukti yang kukuh akan sesuatu peristiwa.


Setelah Tanah Melayu merdeka, dan kini dikenali sebagai Malaysia, rekod dianggap penting bagi menjaga kedaulatan agama, bangsa dan negara. Melalui perjanjian kemerdekaan yang telah dimerterai oleh Tunku Abdul Rahman dengan bangsa lain seperti Cina, India dan lain-lain dan perjanjian ini dikenali sebagai Kontrak Sosial (Social Contract), melalui perjanjian ini, telah mendapat sepakat tentang kedaulatan bangsa Melayu dan juga Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak bumipitera dan bukan bumi putera dimeterai dalam perjanjian ini. Perjanjian atau Kontrak sosial ini boleh dikatakan sebagai rekod yang amat penting bagi negara bagi menjamin keadlian dan kesaksamaan antara rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Selain itu kontrak sosial ini juga boleh dijadikan sebagai bukti akan kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi negara dapat dijaga dan dipeligara tanpa sebarang pertikaian. Disini dapat dibuktikan bahawa rekod dan Islam adalah saling memerlukan dan berkait rapat antara satu dengan lain.


Setelah menempuh pelbagai era pemerintahan di Malaysia, fungsi rekod masih diperlukan bagi menjaga keberlangsungan keadilan dan kesaksamaan didalam negara. Di dalam institusi perundangan teutamanya perundangan syariah, fungsi rekod amat penting bagi menjaga kesucian Islam dan umatnya terutamanya rakyat Malaysia yang beragama Islam. Menurut sejarah penubuhan mahkamah syariah, sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pihak Inggeris atau British telah menguatkuasakan kod undang-undang Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment Chapter 197 of Revised Law of Federated Malay States 1935 dan ia lebih memusatkan kepada aspek-aspek pentadbiran seperti pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk serta sedikit hokum asas dalam perkahwinan. Bermula pada awal tahun 1950 an, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, Selangor 1952 di perkenalkan yang mengandungi urusan penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor yang membantu Sultan dalam mentadbir perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Hak dan kuasa Majlis, peraturan mesyuaratnya, penubuhan Jabatan Agama Islam, pelantikan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa. Disebabkan kekurangan yang wujud didalam kod undang-undang Enakmen Pentadbiran 1952, maka usaha lain kerarah peruntukan undang-undang yang lebih baik sangat diperlukan. Akhirnya permasalahan dan kedudukan pentadbiran Undang-Undang Syariah yang kurang memuaskan itu disedari oleh kerajaan dan orang-orang Islam di Malaysia (Profesor Ahmad Ibrahim) dan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Syed Nasir Ismail dan dianggotai oleh pakar-pakar Undang-undang Syariah ditubuhkan untuk menimbang kedudukan Undang-undang Syariah, kuasa dan status Mahkamah Syariah dan hakim-hakim Mahkamah Syariah di negara ini. Hal ini berlaku kerana Islam amat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu dan segala rekod-rekod yang diwujudkan adalah penting bagi rujukan pada masa akan datang, sebagai contoh, Pengislaman orang bukan Islam mesti direkodkan bagi menjamin Mualaf dapat menerima pelbagai kemudahan seperti zakat, pinjaman dan lain-lain, tanpa direkodkan pengislaman orang bukan Islam, seseorang Mualaf yang baru memeluk Islam atau lama memeluk Islam akan dinafikan keistimewaaannya dan kemudahan yang telah diperuntukan kepada mereka tidak dapat dilaksanakan, akhirnya akan menyebabkan mereka (Mualaf) mudah terpesong ke jalan kesesatan kembali. Selain itu, rekod Pernikahan dan Penceraian amat penting bagi menjaga kesucian Islam dan Umatnya, tanpa rekod-rekod pernikahan yang sah disisi undang-undang, sesorang itu akan menghadapi pelbagai fitnah terhadap dirinya dan ia akan menjejaskan nama Islam itu sendiri, dan rekod penceraian amat penting bagi menjaga kesucian individu terutamanya mereka yang telah bercerai dan hak-hak mereka setelah bercerai dapat di tegakkan. Maka, disini menunjukkan Islam dan rekod saling perlu memerlukan.


Kesimpulan yang dapat dibuat ialah Islam mementingkan keadilan dan ketepatan dalam membuat keputusan, maka pengurusan rekod yang efektif dan effisien amat penting bagi menjamin keutuhan Islam itu sendiri. Maka disini dapat disimpulkan bahawa rekod dan Islam amat berkait rapat dan saling perlu memerlukan terutamanya situasi di Malaysia, oleh itu, setiap muslim haruslah menyedari kepentingan rekod dan menganggap pengurusan rekod yang effisien dan efektif adalah satu tuntutan agama bagi menjaga nama baik agama, bangsa dan negara.


Sumber

Majlis Agama Islam Selangor, Kenyataan Media Berhubung Isu Mualaf Murtad 30 Tahun

Nurhidayah Muhd Hashim, Sejarah perundangan syariah di Malaysia, Persatuan peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Savumthararaj.G, Pengenalan kepada Pengurusan Rekod dan Fail

Sejarah Malaysia

Sejarah Tamadun Islam Melaka

Islam dan Rekod Saling Berkaitan

Oleh Khairul Izzuan Bin Ahmad

Islam merupakan sebuah agama yang bersifat Universal dan ia amat sesuai dipraktikkan dalam segala bidang dalam kehidupan seharian. Perkataan Islam yang berasal dari bahasa Arab iaitu "Salam" yang bermaksud aman dan sejahtera. Islam yang dibawa oleh junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W mempunyai perspektif yang amat luas sekali dan ia berkait rapat dengan kehidupan manusia dari awal penciptaan manusia itu sendiri. Malahan sejarah penciptaan manusia telah pun direkodkan oleh Allah S.W.T didalam Al-Quran dengan penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S, maka disini dapatlah dinyatakan bahwa Rekod dan Islam itu adalah berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Didalam Surah Al-'Alaq, ayat pertama diturunkan kepada junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W menekankan kepentingan membaca iaitu "Iqra", malah Allah S.W.T juga telah menyatakan bahawa Dia (Allah S.W.T) telah mengajar manusia melalui pena, pena disini dapat ditakrifkan sebagai pen atau pensil atau apa-apa yang digunakan untuk menulis. Jika dilihat dari persepktif "Membaca" dan "Menulis" yang telah ditekankan oleh Tuhan Sekalian Alam (Allah S.W.T), kita dapat mengaitkan bahawa rekod dengan membaca dan menulis. Hal ini bermakna, dengan menulis kita dapat membaca, tujuan utama menulis adalah untuk merekod dan membaca bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, malahan ia juga berfungsi sebagai medium untuk membuat keputusan, maka dapatlah disimpulkan bahawa Rekod dan Islam tidak boleh dipisahkan. Maka disini akan membincangkan kesinambungan rekod dan Islam itu sendiri.

Pertama sekali, rekod yang paling berharga bagi umat Islam itu sendiri ialah Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. Didalam pengurusan rekod, dibawah subjek Penilaian (Appraisal), sesuatu rekod akan disimpan kekal disebabkan oleh rekod itu mempunyai nilai dan diantara nilai itu ialah Nilai Sejarah (Historical Value) dan Nilai Maklumat (Information Value). Jika kita merujuk kembali kepada Al-Quran itu dan kita akan menyedari bahawa Al-Quran mempunyai pelbagai fungsi dan diantara fungsinya ialah sebagai sumber Sejarah manusia dan juga ilmu pengetahuan untuk sekalian manusia didunia ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan didalam Al-Quran telah menceritakan akan perihal bangsa-bangsa dahulu kala malahan turut diceritakan akan tamadun-tamadun yang telah wujud dahulu kala dan tidak dapat disangkal oleh fakta sejarah pada masa kini, sebagai contoh didalam Al-Quran Allah S.W.T telah menceritakan akan tamadun Mesir dan ia berkait rapat dengan Nabi Musa A.S dan Nabi Yusuf A.S, malahan didalam Al-quran juga ada menceritakan akan Kisah Nabi Ibrahim di tamadun Mesopotamia di era pemerintahan Raja Namrud. Disamping itu, Al-Quran juga sebagai sumber Maklumat kepada manusia, jika dilihat didalam Al-Quran, Allah S.W.T telah menunjukkan keAgunganNya dengan menceritakan tentang kejadian malam dan siang, pergerakan bulan, tentang rahsia penciptaan manusia dari awal bermula dengan persenyawaan sehinggalah sempurna kejadian manusia didalam rahim ibu sendiri, malahan di dalam Al-Quran juga menceritakan perihal fakta-fakta sains yang amat mengkagumkan saintis pada masa ini. Disebabkan Al-Quran mempunyai nilai-nilai yang tinggi, Al-Quran telah dipelihara dan disimpan kekal di dunia ini sehinggalah kiamat, dan hal ini telah dijamin oleh Allah S.W.T dimana Allah S.W.T telah menjamin Al-Quran tidak akan berubah isi kandungannya dan keasliannya dari awal penciptaan Al-Quran itu sehinggalah Kiamat. Jika kita melihat dari sudut rekod dan simpan kekal, Islam juga mempunyai ciri-ciri yang sama dalam kaedah penyimpanan rekod itu sendiri, dan ia dibuktikan oleh Allah S.W.T dimana Al-Quran mempunyai nilai-nilai yang tinggi dan ia disimpan kekal didunia ini sehingga kiamat, cara yang sama juga terhadap rekod-rekod lain yang penting dan bernilai iaitu antaranya mempunyai nilai sejarah dan maklumat akan disimpan kekal di Arkib Negara sendiri.

Keduannya, Hadis Junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W, hadis merupakan segala perkataan yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W dan ia amat penting kepada umat Islam sebagai sumber kedua selepas Al-Quran. Hal ini kerana Al-Quran menceritakan hal-hal umum dan Hadis Rasululullah S.A.W bertindak sebagai penafsir terhadap Al-Quran itu sendiri, sebagai contoh, Didalam Al-Quran, Allah S.W.T mewajibkan Solat, puasa, menunaikan haji dan lain-lain lagi, di dalam Al-Quran hanya mewajibkan dan Hadis Rasulullah S.A.W bertindak sebagai penafsir dimana Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W menafsirkan cara-cara untuk solat, puasa dan cara menunaikan haji, maka disebabkan itulah Al-Quran dan Hadis merupakan sumber paling penting bagi umat Islam. Disini akan membincangkan kaitan pengurusan rekod di era tamadun Islam dalam memelihara kesahihan Hadis itu sendiri. Menurut M.Hasbi Ash-Shiduque dalam karyannya berjudul " Sejarah Hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis" terbahagi kepada 7 zaman iaitu:

· Zaman pertama ialah semenjak dari Rasullullah Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul sehinggalah Baginda wafat.Zaman ini dinamai dengan nama “asrul wahyi wat takwin”.Ketika ini hadis-hadis nabi disampaikan melalui banyak medium,antaranya ialah majlis ilmu,pertemuan-pertemuan umum,kutbah di masjid,secara perseorang(jika seseorang sahabat malu untuk bertanya dihadapan orang ramai),melalui isteri-isteri nabi ,melalui utusan-utusan nabi yang dikirimkan ke daerah-daerah lain,dan melalui para sahabat.Ketika ini semua persoalan agama terus ditanya kepada Nabi tanpa berlakunya ijtihad dan sebagainya(kecuali jika utusan-utusan yang dihantar ke daerah-daerah yang jauh dari nabi).Dan tiada ketakutan munculnya hadis-hadis palsu kerana semua hadis boleh terus diperiksa kepada nabi.Dan ini adalah zaman yang terbaik sekali dalam islam.

· Zaman kedua ialah semenjak permulaan masa pemerintahan Abu Bakar As-sidiq sehingga berakhirnya Zaman Ali bin Abi Talib atau dari tahun 11 H sehingga tahun 40 H.Zaman ini dinamakan “Asrut tatsabbuti wal iqlali minar riwayah”.Zaman ini adalah juga dalam linkungan zaman yang terbaik,ia bertepatan dengan Hadis nabi “sebaik-baik manusia adalah kaumku kemudian selepasnya,kemudian selepasnya pula” (Hadis sahih).Dan Kepercayaan Nabi terhadap khulafak rashidin juga terbukti melalui hadis “Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kalian berpegang pada sunnah ku dan sunnah KHULAFA” AR_RASYIDIN yang mendapat petunjuk.Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan garaha.Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan(dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan adalah bidaah dan bidaah adalah sesat” (HR Abu Daud dan Tirmidzi.Tirmidzi mensahihkan.Hal ini dipersetujui oleh Az-zahabi di dalam Tahqiq al-mustadarak).

· Zaman ketiga ialah zaman dari berakhirnya Zaman Khulafa’ Ar-rashidin,atau permulaan masa sehinggalah penghabisan Abad pertama hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama “asrul intisyarir riwayah ilal amsar”.Pada ketika ini muncullah golongan-golongan yang banyak memalsukan hadis demi kepentingan politik,mazhab dan lain-lain.Pada ketika ini jugalah kemunculan secara berani Golongan Syiah dan Khawarij serta perpecahan berlaku dikalangan umat islam.Syiah dengan akidahnya yang bertentangan,khawarij dengan fiqh yang sonsang dan berbagai lagi.Namun Alhamdulilah,disebalik semua ini umat islam bangkit dengan menubuhkan lembaga-lembaga hadis bagi menjaga ketulenan dan keutamaan hadis dari tangan-tangan kotor yang ingin merosakkan sumber islam yang kedua ini.Diantara lembaga hadis yang tertubuh adalah lembaga hadis Makkah yang ditubuhkan oleh para sahabat yang masih hidup yang dipimpin oleh Abdullah ibn Abbas dengan kerjasama sahabat-sahabat yang masih ada.Kemudian lembaga hadis Madinah yang dipimpin oleh Zaid bin Tsabit (wafat 45H) dan para sahabat yang lain.Seterusnya lembaga hadis kufah dippimpin oleh Abdullah ibnu Masud,lembaga hadis Syam pula diketuai oleh Ubadah ibn Shamit seorang sahabat yang menghafal seluruh Quran,ahli dalam bidang Feqh dan sangat komited dalam menegakkan kebenaran sehinggakan menurut riwayat beliau kerap kali menyanggah perbuatan Mu’awiyah yang tidak selari menurut batas-batas agama.Dan Lembaga Hadis Mesir yang diketuai oleh Abdullah ibn Amr ibn Asb seorang sahabat yang menerima banyak hadis dari Nabi dan sahabat dan menulis hadis-hadis yang diddengarinya.Selain menubuhkan lembaga-lembaga hadis,pada ketika itu juga ramai para ulama berkelana di keseluruh tempat bagi memperolehi hadis dari para sahabat ,tabien,menyemak hadis yang dihafal Disamping itu para ulama mula menekankan kepentingan mengetahui status perawi hadis sama ada lemah daya ingatan, tidak dipercaya dan sabagainya.Selain untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan saling bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.

· Zaman keempat ialah sejak dari bermulanya abad ke-2 Hijrah hinggalah akhir abad ke-2 Hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama “asrulkitabati wat tadwien”.Zaman ini jugalah baru hadis-hadis nabi diusahakan untuk dibukukan,antaranya usaha yang dijalankan oleh Khalifah umar ibnu Aziz di penghujung tahun 100H.[Namun beberapa riwayat mengatakan usaha untuk membukukan hadis sudah dimulakan lagi ketika di Zaman Khalifah Bani Umaiyah tapi tidak berapa sempurna,oleh itu ketika kepimpinan di zaman Bani Abasiah barulah sempurna usaha-usaha tersebut]..Beliau menulis surat kepada Gabenor yang juga Hakim di Madinah iaitu Abu Bakar ibn Hazm untuk membukukan hadis yang ada pada Amrah binti Abdur Rahman al-Anshari dan Al-Qasim ibn Muhamad ibn Abu Bakar, serta menghantar surat kepada seluruh Gabenar di kota-kota besar agar mengumpul hadis yang ada pada para ulama ketika itu untuk kegunaannya.Dizaman ini jugalah muncul ilmu Tajieh dan ta’diel,dan untuk mengkritik dan menilai rijalulhadis muncullah 2 orang hafiz besar iaitu Yahya Ibnu Saad Al-Qaththan (meninggal 189H) dan Abdur Rahman ibnu Mahdi(meninggal 198H).Para ulama memberi kepercayaan kepada 2 tokoh ini,menurut mereka jika sesiapa yang dipandang tsiqah(percaya dan adil) oleh 2 orang tokoh ini maka diterima riwayat dari orang tersebut,jika sebaliknya maka ditolak riwayatnya.Dan kitab hadis yang terhebat pada ketika itu adalah Al-Muwatha’ yang disusun oleh Imam Malik ada yang berkata bahawa kitab ini diusahakan selama 40 tahun.Menurut Ibnu Hubab pada awalnya hadis yang terdapat dalam muwatha’ adalah 10 ribu hadis ,namun Imam Malik membetulkan hadis-hadis tesebut sehinggalah tertinggal 500 hadis sahaja.Kemasyuran Al-Muwatha’ dikatakan sehingga menyebabkan Seorang Khalifah Bani Abasiyah mahu mengantungkan Kitab tersebut di dinding kaabah dan mengharuskan umat islam mengikutnya namun Imam Malik menolak cadangan tersebut dan tidak membenarkan ia diperbuat begitu kerana beliau mengingatkan bahawa Rasul sendiri berbeza pendapat dengan para sahabat dalam bidang Furu’.

· Zaman ke lima ialah dari awal abad ke-3 Hijrah sehinnga Akhir abad ke-3 Hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama “Asrut tajridi wat tashihi wat tanqihi”.Pada zaman ini bermulalah perselisihan faham antara ahli hadis dan Ahli Kalam yang menetapkan dasar-dasar agama seluruhnya dan akidah berdasarkan akal semata-mata.Ia bertambah rancak apabila seorang tokoh di Basrah iaitu Washil bin Atha’ (anak murid Hasanul basri)meninggalkan majlis ilmu yang disampaikan oleh Hasan Al-Basri dan menetapkan dasar-dasar lain yang tidak sesuai dengan Mazhab Hasanul Basri serta para ulama salaf yang lain.Dan pengikut-pengikut Washil dinisbahkan sebagai Golongan Muktazilah,dinamakan muktazilah kerana Washil mengasingkan diri dari majlis ilmu gurunya iaitu Hasan Al-Basri.Antara kesalahan besar Golongan Muktazilah adalah mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah Makhluk bukannya Kalam Allah.Dan pada ketika ini juga usaha pembukuan hadis diteruskan oleh para ulama,antara kitab yang masyhur pada ketika itu adalah: musnad Ahmad,tawilu mukhtsfili hadis,sahih Bukhari,Sahih Muslim,Sunan Nasai’,Sunan Abu Daud,At-Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah.

· Zaman keenam ialah dari permulaan abad ke-4 H hinggalah kepada masa jatuhnya kota Baghdad pada tahun 565 H.Zaman ini dinamakan “asrut tabzibi wat tartibi wal istidraki wat takhriji wal bahtsi ‘aniz zawaid”.Zaman ini bermulalah masa penelitian,penerbitan dan pengumpulan hadis-hadis yang khusus.Menurut riwayat sejarah yang sahih abad ini(111H) [M.Hasbi Ash-Shidique dalam karyanya sejarah hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis zaman] adalah abad yang paling gilang gemilang bagi perkembangan hadis.Dalam abad ini lahirlah tokog-tokoh hadis yang terkenal dan imam-imam riwayat.Dalam abad ini juga lahirlah kitab enam(sahih bukhari,muslim,Muwatha’,Nasai,Abu Daud, dan Tirmidzi) yang mengumpul segala hadis yang sahih,sejarah perawi dan kedudukan mereka dalam bidang jarah dan ta’dil.Antara tokohnya ialah Al-Hakim,Daraquthni,Ibnu Hiban,At-Thabarani,Qasim ibnu Asbagh,Ibnu Sakan dan ath-Thahawi.Selain itu pada zaman ini pelbagai usaha dilakukan bagi memperkembangkan ilmu hadis ini,antaranya ,mengumpul hadis-hadis yang terdapat dalam pelbagai kitab,mengumpulkan hadis hokum(iaitu kitab Muntaqal Akhbar oleh Ibnu Taimiyah kemudiannya disyarahkan oleh Asyaukani dalam kitab Nail Authar,Kitab As-sunanul Kubra oleh Al-Baihaqi Ahmad Ibnu Husain dan juga al-Baihaqi mempunyai sebuah kitab lagi iaitu sunanul Sughra,Kitab Al-Ahkamusi Sughra dan kitab Amdatul Ahkam oleh Abdul Ghani ibnu Abdul Wahid.Selain itu mengumpulkan juga hadis-hadis mauidhah(tarhib wa targhib) dan juga menyusun kitab-kitab athraf.

· Zaman ketujuh .Zaman sejak 656 H sampai sekarang. Zaman ini dinamakan dengan nama “'Ashmsy syarhi wal jam'il 'am wat takhriji wal bahti 'za zawaid”.ZAman ini adalah zaman yang terakhir dalam perkembagan hadis,pada masa ini usaha mensyarah,mengumpul hadis yang umum,mentakhrij dan membahaskan hadis tambahan berlaku dengan rancak dikota-kota islam.Pada zaman ini jugalah lahirlah seorang penghulu hafiz hadis iaitu penulis kitab Fathul Bari Al-Hafiz Abul Fadlli Ahmad ibn Ali ibn Muhammad ibnu Ali Ibn Hajar Al-Asqolani(meninggal 825 H).Pada ketika ini jugalah banyak sekolah,Universiti dan madrasah-madrasah hadis dibina oleh pemerintah yang ketika itu diperintah oleh Daulat Mamalik Bahriah dan Daulat Mamalik Burjiah.Dan ada Pemerintah yang menjadi hafis hadis iaitu Adh-Zahir .Dan pada ketika ini juga setelah kemorosotan dan kejatuhan Daulat Mamalik di Mesir ia menjadi titik tolak kemunculan cahaya ilmiah di Negara India.Selain itu gerakan ilmiah terutama dalam bidang hadis juga giat dijalankan di Arab Saudi.Pelbagai usaha dijalankan antaranya Raja Abdul Aziz mengeluarkan belanja untuk mencetak kitab-kitab hadis yang mempunyai kedudukan yang penting dalam perkembangan perpustakaan Islam.Pada ketika ini juga muncul ulama-ulama penghafal hadis mentakhrij hadis-hadis dalam semua kitab-kitab dan menerangkan sumber-sumbernya.Disamping itu ada juga para ulama mensyarahkan dam memukhtasarkan kitab-kitab besar dalam usaha untuk memudahkan para pembaca untuk memahaminya.

Maka setelah kita mengetahui bagaimana hadis Rasulullah S.A.W itu dipelihara dan disimpan kekal sehingga kini tanpa sebarang perubahan dilakukan. Oleh itu dapatlah disimpulkan disini, Islam dan rekod itu adalah saling berkesinambungan dan oleh itu kita sebagai umat Islam dan juga sebagai pewaris Islam di muka bumi ini, haruslah menghayati akan kepentingan rekod dalam kehidupan seharian kita, tanpa pengurusan rekod yang efektif, segala yang bernilai tidak akan dapat dipelihara dan tidak dapat dijadikan sebagai bukti apabila timbulnya keraguan tentang keaslian dokumen itu sendiri.


Sumber
M.Hasbi Ash-Shiduque dalam karyannya berjudul " Sejarah Hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis"
Sejarah tamadun Islam