Wednesday, November 18, 2009

Pengurusan Rekod Perubatan (Part 2) : Unit Rekod Perubatan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Setiap Hospital perlu mempunyai Unit Rekod Perubatan yang diketuai oleh pegawai ataupun penolong pegawai rekod perubatan serta mempunyai bilangan anggota yang mencukupi dan terlatih untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan mengurus rekod dan maklumat, disini akan menerangkan tugas Unit Rekod Perubatan dan juga kemudahan atau fasiliti didalam Unit Rekod Perubatan.

Pertama sekali tugas Unit Rekod Perubatan ialah menyelaraskan urusan berkaitan dengan rekod perubatan di hospital seperti menyediakan Sistem Nombor Rekod, Sistem Fail dan Prosidur Mengurus Rekod di semua bahagian hospital.

Keduanya ialah Memantau pergerakan dan penggunaan rekod bagi menjaga aspek-aspek rahsia dan keselamatan serta mengelakkan kemalangan rekod hilang ataupun rekod tidak dapat dikesan.

Ketiga ialah Menyimpan rekod mengikut tempoh yang ditetapkan (mengikut jadual pemisahan rekod) dan melaksanakan aktiviti pelupusan bagi rekod yang tidak lagi diperlukan.

Keempat ialah Menyelaras permohonan laporan perubatan, lembaga perubatan dan juga penyediaan statistik rawatan perubatan bagi kepentingan perubatan masa hadapan.

Kemudahan dan fasiliti di Unit Rekod Perubatan ialah Unit ini perlu dilengkapi dengan kemudahan dan ruang mencukupi untuk semua urusan rekod termasuk penyimpanan.Kemudahan ruang atau bilik yang dilengkapi komputer perlu disediakan di unit rekod untuk kegunaan pegawai dan anggota yang ingin membuat semakan keatas rekod untuk tujuan laporan, kajian, penyelidikan dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan risiko kehilangan sekiranya rekod dibawa keluar dari unit rekod.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia
http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis Panduan Rekod Perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

6 comments:

  1. Tuan, selain senarai tugas diatas Pegawai & Penolong Pegawai Rekod juga mengkoding diagnosis penyakit dan kod tersebut digunakan dalam SMRP bagi penggumpulan data jenis penyakit dan data-data yang lain.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan atas info tersebut. Nak tahu lokasi pegawai tadbir N41 kat mana ye kalau interview kat putrajaya?

    ReplyDelete
  3. Mula2 sahaja YG susah nanti bila DH familiar...akan jd Alah bisa tegal biasa

    ReplyDelete