Sunday, April 25, 2010

Apa itu Metadata

Oleh Khairul Izzuan Ahmad


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


Metadata menurut
Edward Atkinson dalam rencana beliau bertajuk Much ado Metadata ialah " a description or profile of a document or other information object". Definisi yang selalu digunakan oleh mereka yang berada didalam disiplin pengurusan maklumat, metadata dapat di istilahkan sebagai "data abaout data", namun definisi seperti ini mendatangkan banyak kekeliruan bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam disiplin pengurusan maklumat. Hal ini disokong sendiri oleh Edward Atkinson dimana beliau menyatakan "The definition of metadata as “data about data” is not clearly understand" (Artikel Much ado Metadata), maka definisi yang mudah difahami ialah penerangan tereprinci mengenai sesuatu objek.

Metadata boleh diibaratkan sebagai penyampai maklumat mengenai barang. Sebagai contoh, katalog buku di perpustakaan dan ia menerangkan secara terperinci mengenai buku-buku yang ada di perpustakaan. contoh mudah untuk memahami metadata ialah "Surat Beranak", didalam surat beranak menerangkan maklumat terperinci mengenai individu.

Didalam pengurusan rekod, metadata amat berguna bagi rekod-rekod yang telah dimusnahkan. rekod-rekod tersebut dimusnahkan, tetapi metadata mengenai rekod yang dimusnahkan tidak dimusnahkan dan digunakan apabila dikehendaki oleh organisasi yang berkaitan atau pun individu. selain itu metadata juga sebagai satu bahan pandu cari bagi mengetahui asal usul sesuatu rekod tersebut, siapa pencipta rekod tersebut, dimana rekod itu dicipta dan sebagainya. maka dengan ini, boleh dinyatakan bahawa metadata amat penting bagi pengurusan rekod itu sendiri.




No comments:

Post a Comment