Sunday, July 26, 2009

kepentingan pengurusan rekod



Oleh Khairul Izzuan B Ahmad

Rekod amat penting dalam kehidupan manusia dari kewujudan manusia pada zaman lampau sehinggalah sekarang. Rekod diwujudkan untuk membuktikan sesuatu perkara atau tindakan yang telah dilakukan. Sebagai contoh, pada setiap tamadun yang wujud amat mementingkan rekod dalam keberlangsungan tamadunnya, contoh paling mudah untuk difahami ialah lukisan yang dilukis pada dinding di piramid didalam tamadun Mesir, begitu juga di Tamadun Cina, telah diwujudkan satu pangkat dinamakan Pegawai rekod, tugas pegawai rekod ini adalah untuk mencatitkan segala tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan cina itu sendiri, tamadun-tamadun lain ialah seperti didalam tamadun Islam juga mementingkan rekod itu sendiri,dan disebabkan pengurusan rekod yang efisien dan efektif, tamadun islam dapat dikembangkan ke seluruh dunia. Oleh itu, dapatlah dikatakan rekod adalah penting bagi semua tamadun.

Sekarang akan membincangkan apa itu kepentingan rekod kepada individu dan juga organisasi. Pertama sekali, kepentingan rekod adalah sebagai bahan bukti. Hal ini kerana dengan rekod yang diwujudkan dapat membuktikan segala tindakan yang telah dibuat. sebagai contoh, rekod kewangan dalam sesebuah organisasi akan dijadikan bahan bukti apabila sesuatu perkara berbangkit terjadi, contohnya, untuk mengaudit kewangan syarikat. segala rekod-rekod kewangan yang telah dibuat akan dirujuk untuk kerja-kerja audit tersebut. Melalui rekod kewangan yang sistematik dan efisien dapat membanteras penyalahgunaan kuasa didalam sesuatu organisasi, hal ini kerana melalui sistem rekod yang efektif dapat mengetahui siapa yang bertanggungjawab keatas sesuatu tindakan. Sebagai contoh yang lain ialah, rekod yang diwujudkan dapat megetahui keadaan sebenar masa lampau serta membuktikan sesuatu kejadian telah berlaku, maka dengan ini fakta sejarah dapat dibuat dengan lebih berkesan lagi. Salah satu isu yang terkini yang melibatkan rekod ialah status pulau batu puteh yang menjadi rebutan antara pihak Malaysia dan Singapura, disebabkan tiada rekod yang khusus bagi membuktikan kawasn tersebut milik Malaysia, menyebabkan Pulau Batu Puteh menjadi sebahagian dari Singapura.Maka, setiap individu dan organisasi sama ada kerajaan ataupun swasta haruslah mengambil iktibar bagi isu ini dan haruslah menguruskan rekod-rekod dengan betul dan mengikut standard pengurusan rekod itu sendiri.

Seterusnya, Kepentingan rekod yang kedua ialah sebagai bahan rujukan untuk membuat keputusan. Sesebuah organisasi memerlukan rekod untuk membantu mereka membuat keputusan dengan lebih berkesan lagi. sebagai contoh, dalam sesebuah syarikat akan membuat keputusan berdasarkan rekod yang telah sedia wujud, cuba kita bayangkan apa akan terjadi apabila pengurusan rekod tidak efisien dalam sesebuah organisasi, sudah tentu sesebuah organisasi akan menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan. Maka tidak hairanlah sesebuah organisasi akan mengalami status muflis apabila rekod-rekod mereka tidak diuruskan dengan baik.

Seterusnya, kepentingan rekod yang ketiga ialah sebagai menjaga hak kepentingan sesebuah masyarakat. Maksud disini ialah rekod digunakan untuk menjaga kepentingan sesuatu masyrakat, keitimewaan masyarakat atau bangsa, lebih-lebih lagi untuk keberlangsungan sesebuah masyarakat tersebut. sebagai contoh, di negara Malaysia, sewaktu pengisytiharan merdeka, telah wujud dokumen yang menandakan kemerdekaan tanah melayu daripada penjajahan British. Dokuman yang diwujudkan itu merupakan kepentingan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia itu sendiri. Maka dokumen tersebut mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada negara dan rakyat Malaysia, dan disebabkan juga isi-isi kandungan dokumen tersebut merupakan rekod yang sangat penting bagi kedaulatan negara dan rakyatnya. Oleh itu, bolehlah dikatakan rekod adalah penting bagi menjamin kepentingan sesebuah masyarakat.

Akhir sekali, kepentingan rekod ialah menjamin kedaulatan sesebuah undang-undang didalam sesebuah negara. Perlembagaan yang dibuat adalah untuk menjamin keluhuran undang-undang bagi sesebuah negara. Sesuatu badan kehakiman tidak dapat membuat keputusan jika tiada rekod yang mengatakan sesutu tindakan itu adalah betul atau salah (akta) didalam perlembagaan sesebuah negara. Maka dengan wujudnya rekod dan pengurusan rekod yang cekap, sesuatu tindakan tidak dapat dibuat dengan berkesan.

Secara kesimpulannya, Rekod adalah penting bagi sesiapa sahaja, tanpa rekod sesuatu tindakan tidak dapat dibuktikan, tanpa rekod hak masyarakat tidak akan terjamin, tanpa rekod juga undag-undang tidak dapat dilakukan atau diputuskan denga lebih berkesan lagi, dan tanpa rekod sesuatu organisasi tidak dapat membuat keputusan dengan tepat, berkesan dan cepat dan membolehkan organisasi mencapai status muflis. Oleh itu, setiap individu dan organisasi haruslah menyedari kepentingan rekod dan menguruskan rekod-rekodnya secara cekap dan berkesan, maka dengan tindakan ini, dapat membolehkan sesuatu organisasi menjadi lebih cekap dan berkesan dalam segala tindakan yang dibuat dan juga dapat menyelamatkan kedaulatan negara.




No comments:

Post a Comment