Thursday, October 15, 2009

Keratan akhbar : Arkib Negara Malaysia Memenangi hadiah Unesco Jikji Memory of The World Prize 200

PUTRAJAYA: Sumbangan Arkib Negara Malaysia (ANM) untuk memelihara dan memulihara khazanah sejarah serta warisan negara ini mendapat pengiktirafan dunia apabila jabatan berkenaan diumumkan sebagai pemenang hadiah Unesco Jikji Memory of The World Prize 2009 di Bandar Cheongju, Korea Selatan, Jumaat lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sidek Jamil, berkata beliau bangga kerana ANM dipilih sebagai pemenang anugerah paling berprestij di kalangan 130 arkib dunia dan menewaskan 29 calon dari negara lain, termasuk Austria dan Afrika Selatan.

“Anugerah ini amat bermakna dan menggambarkan bahawa ANM kini menjadi ikon dalam memelihara bahan khazanah, warisan serta sejarah dunia.

“Kita berharap rakyat Malaysia sedar bahawa ANM sudah mencapai tahap begitu tinggi dan apa yang kita lakukan sebenarnya bertepatan dengan piawaian antarabangsa,” katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Jikji Memory of The World Prize adalah hadiah bernilai AS$30,000 (kira-kira RM100,000) bagi memperingati pendaftaran Jikji sebagai buku cetakan tertua di dunia yang diterbitkan di Bandar Cheongju, pada 1377. Anugerah itu diberikan setiap dua tahun sekali.

source
Adapted from Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment