Tuesday, September 8, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

wasiat Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin yang diperbuat semas merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"


7 perkara itu adalah:

PERTAMA

"Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali sebagai MALAYSIA)"

KEDUA

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain."

KETIGA

"Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara."

KEEMPAT

"Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini."

KELIMA

"Kami isytiharkan ISLAM agama persekutuan."

KEENAM

"Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU".

KETUJUH

"Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)."


No comments:

Post a Comment