Monday, September 14, 2009

Ramadhan semakin ke penghujung

Setelah hampir sebulan kita berpuasa, sedar tak sedar Ramadhan semakin ke penghujungnya, pelbagai pengalaman kita dapat rasai di bulan yang mulia ini, semoga pengalaman itu dapat dijadikan pengajaran dan pedoman kepada kita.

Setelah Ramadhan, tibalah Syawal yang mulia, menandakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah sebulan berlapar menahan makan dan nafsu, bulan Syawal bukanlah tanda untuk kita melakukan perakara yang mungkar, tetapi sebagai permulaan untuk kita jadi lebih baik dan cemerlang lagi.

Sempena ini, saya ingin mengucapkan ribuan ampun dan maaf sekiranya blog saya menyingung perasaan mana-mana pihak, dan juga diharapkan anda semua dapat meningkatkan ilmu dan juga maklumat melalui blog ini, yang buruk datang dari saya dan yang baik adalah datang dari Allah S.w.T....

Sekian...


Khairul Izzuan bin Ahmad

1 comment:

  1. hmmm iye...
    da nk abiz rmadhan da...
    sdih plak rsenye...
    pape pn..slmt mnyambutt ari raye aidilfitri...
    mf zahir...hehe..(^^,)

    *terbang bebas*

    ReplyDelete