This blog created for realize people in record management in their own life. you are allowed to share information about record management and related issues.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang
di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Saturday, August 29, 2009
Genealogy merupakan perkara yang menarik
oleh Khairul Izzuan Bin Ahmad
Didalam dunia yang mencabar ini, kebanyakan kita masih lagi ragu-ragu ataupun tidak mengetahui asal usul kita. Perkara ini berlaku kerana masyarakat kita tidak merekodkan sejarah susur galur mereka, maka tidak hairanlah jika kebanyakan masyarakat kita hari ini tidak mengiktiraf rekod dalam kehidupan harian mereka, dan jugak tidak menghayati sejarah itu sendiri. Oleh yang demikian, Pihak Arkib Negara Malaysia dengan cara satu cara menyelesaikan masalah ini ialah mewujudkan kempen Arkib Keluarga bagi menyedarkan dan juga untuk menarik minat generasi muda mengenai rekod dan sejarah itu sendiri, selain untuk menarik minat mereka untuk mengunjungi arkib. Kempen yang dilakukan arkib Negara ini berkait rapat dengan Genealogy, iaitu kajian dan penyelidikan tentang sejarah susur galur keluarga dan juga sejarah.
Genealogy juga berkait rapat dengan rekod dan juga salah satu perkara yang boleh dilakukan oleh sesiapa yang didalam pengurusan rekod itu sendiri, para pelajar yang belajar mengenai rekod danArkib boleh menjadikan genealogy ini sebagai salah satu perkara yang menarik minat mereka dan juga masyarakat. Maka mereka juga dapat bersama mempromosikan rekod dan arkib sebagai perkara yang amat penting dalam kehidupan dan juga Negara.
Menurut ilmiah, Genealogy ini berasal dari perkataan Greek iaitu “Genea” bermaksud keturunan dan “Logo” bermaksud Pengetahuan. Maka, definisi genealogy menurutilmiah dapat ditakrifkan sebagai “Satu kajian menentukan sejarah susur galur keluarga”. MenurutUsLegal, Genealogy dapat ditakrifkan sebagai:
“Genealogy refers to the study of the history of past and present members of a particular family, which usually includes the preparation of a "family tree" or pedigree chart, showing the past and present members of the family joined together by a series of lines that help in ascertaining their relationship to each other, and the location, documentation and recording of a family history, including stories about the personal lives of individual members of the family, sometimes even including pictures of these individuals or family groups.”
Maka Genealogy adalah amat berguna dan bermanfaat kepada masyarakat bagi mengetahui disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang keluarga mereka sendiri dan juga dapat merapatkan silaturrahim diantara ahli keluaraga dan juga masyarakat itu sendiri.
Blog ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat khusunya bagi mereka yang berkerja di sektor Awam, Swasta, pustakawan dan pelajar yang mengambil jurusan pengurusan rekod. Diharap dengan penyediaan maklumat di dalam blog ini dapat menyedarkan mengenai kepentingan rekod dan memberi pengetahuan mengenai pengurusan rekod dan fail.
ex student under information management faculty(UiTM), specialize in record management programs and archives. have experience as librarian, now as store executive at private sector
No comments:
Post a Comment