ARKIB : 24/07/2008
Sikap curiga negara jiran halang tugas Arkib
Oleh Faizah Izzani Zakaria
Ketua Pengarah Arkib Negara, Sidek Jamil (gambar) berkata, ia adalah perkara biasa yang dihadapi pihaknya memandangkan dokumen yang diperlukan mungkin melibatkan isu-isu sensitif antara negara jiran dan
"Namun kita akan sentiasa meneruskan pencarian untuk mendapatkan bahan-bahan yang mempunyai nilai warisan untuk negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Kongres Majlis Arkib Antarabangsa Ke-16 (ICA), di sini hari ini.
Sidek berkata, antara masalah lain yang timbul ialah apabila sesuatu pihak tidak mampu untuk membuat salinan bahan yang mahu dibeli oleh Arkib Negara.
"Jika ada bahan yang berguna untuk kita, negara itu mungkin tidak mampu atau tidak mampu menanggung kos untuk membuat salinan atau tidak cukup teknologi untuk berbuat demikian," katanya.
Katanya, Arkib Negara akan
"Kita sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa negara bagi memperluaskan kerjasama di peringkat antarabangsa antaranya dengan Iran, Yaman, Algeria, Argentina dan Columbia pada kongres ini," katanya.
Dalam pada itu, Sidek berkata, sepanjang Arkib Negara ditubuhkan, ia sudah membeli dokumen dan rekod berkaitan negara daripada Australia, China, Jepun, Belanda, Portugal, India, Britain, Thailand, Amerika Syarikat dan beberapa negara Timur Tengah.
Katanya, Arkib Negara juga sudah membelanjakan kira-kira RM3 juta bagi membeli dokumen dan rekod berkaitan warisan negara sejak
Menurutnya, walaupun peruntukan yang diperolehi Arkib Negara agak terhad iaitu sebanyak RM500,000 setiap tahun, ia bukan masalah besar bagi agensi itu.
"Kita akan berusaha mencari cara bagi memperoleh bahan-bahan penting untuk negara. Mana yang kita perlu dahulukan kita akan buat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Sidek berkata, Arkib Negara akan mewujudkan Pusat Pemeliharaan dan Pendokumentasian Bahan Pandang Dengar Negara bagi menyimpan dan memelihara bahan-bahan berkaitan filem-filem tempatan.
Katanya, bagi tujuan itu satu bangunan baru dengan kos awal RM35 juta sedang dibina di kawasan Arkib Negara bermula pada Februari lalu dan dijangka siap September tahun depan.
"Kita akan berbincang dengan penerbit-penerbit drama dan filem swasta bagi membolehkan semua karya mereka disimpan dan dipelihara di Arkib Negara," katanya.
Tambahnya, bangunan tersebut perlu dibina memandangkan bahan-bahan audio visual perlu disimpan di tempat yang mempunyai suhu dan kelembapan sesuai supaya ia tidak mudah rosak.
"Ini adalah antara usaha kita supaya fungsi Arkib Negara bukan sekadar menjadi tempat rujukan untuk rekod bertulis tetapi juga sumber-sumber kreatif yang mencerminkan pemikiran masyarakat kita," katanya.
No comments:
Post a Comment