Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Rekod Kerajaan : Faktor Kerosakan Rekod (Part 3) : Faktor Kimia

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Rekod-rekod diwujudkan oleh Jabatan Kerajaan yang mempunyai nilai-nilai kekal dan sejarah merupakan warisan negara. Rekod-rekod ini amat penting sebagai bukti dan sumber rujukan yang boleh digunakan oleh kerajaan, penyelidik dan generasi akan datang.Sementara itu, rekod-rekod mudah dirosakkan oleh agen-agen perosak jika tidak dipelihara dengan cermat dan akan membawa kerugian kepada negara. Disini akan membincangkan mengenai musuh-musuh rekod. Musuh-musuh rekod adalah semua agen perosak yang disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, biologikal, kimia dan juga manusia itu sendiri.

Faktor kimia bermaksud rekod-rekod yang diwujudkan merupakan bahan-bahan kimia seperti kertas mengandungi asid semasa proses pembuatannya.

Begitu juga dakwat dan bahan-bahan kimia yang lain yang digunakan ke atas rekod-rekod daripada jenis-jenis yang berlainan. Sekiranya rekod-rekod ini tidak dipelihara dengan sempurna, bahan-bahan kimia yang berada didalamnya akan bertindakbalas dengan alam sekitar dan seterusnya merosakkan rekod.

Pencemaran udara terutamanya yang berpunca daripada asap kilang perindustrian dan kenderaan dan lain-lain akan mendatangkan kesan buruk keatas rekod dalam jangka masa yang panjang.

Sumber
Penguruasan Rekod Kerajaan
http://mamo60.tripod.com/arkib/rekodkerajaan.htm

No comments:

Post a Comment