Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Rekod Kerajaan: Pemindahan Rekod (Part 1) : Pengenalan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Pemindahan rekod ialah proses dimana rekod-rekod dipindahkan dari sesebuah jabatan atau agensi kerajaan ke Arkib Negara Malaysia. Hanya rekod-rekod yang tidak aktif dan tidak diperlukan lagi di dalam urusan pentadbiran harian jabatan tetapi mempunyai nilai-nilai kekal dan rujukan dipindahkan ke Arkib Negara. Disini akan membincangkan sebab rekod perlu dipindahkan.

Pertama sekali ialah memastikan rekod-rekod yang mempunyai nilai kekal dan sejarah dipelihara dengan selamat.

Kedua ialah menyimpan rekod-rekod di Arkib Negara Malaysia adalah kerana untuk menjimatkan perbelanjaan disamping mengatasi masalah kesesakan ruang simpanan jabatan.

Akhir sekali untuk meningkatkan kecekapan jabatan di dalam pengurusan rekod di mana hanya rekod-rekod aktif yang diperlukan untuk urusan pentadbiran sahaja di jabatan.

Sumber
Penguruasan Rekod Kerajaan
http://mamo60.tripod.com/arkib/rekodkerajaan.htm

No comments:

Post a Comment