Wednesday, December 2, 2009

Pengurusan Rekod Perubatan : Pemantauan Kualiti

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Isu kali ini membincangkan mengenai pemantauan kualiti dan ia perlu dilaksnanakan, diselaraskan dan dipantau oleh Unit Rekod.

Pertama sekali ialah Unit Rekod perlu memantau tempoh penghantaran rekod dari wad dan klinik ke unit rekod selepas pesakit discaj atau selesai sesi klinik.

Kedua, Unit Rekod perlu menyemak kelengkapan borang dan dokumen dalam rekod perubatan termasuklah maklumat yang telah didokumenkan.

Ketiga, Unit Rekod perlu menjalankan audit ke atas rekod untuk memastikan dokumentasi yang lengkap, jelas dan teratur.

Keempat, Unit Rekod perlu memantau pinjaman rekod yang melebihi tempoh masa yang di tetapkan.

Akhir sekali, Unit Rekod perlu memantau kes rekod yang tidak dapat dikesan kerana tersilap letak atau silap memfail, dipinjam tanpa pengetahuan, rosak, hilang dan sebagainya.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005


No comments:

Post a Comment