Thursday, December 10, 2009

Urusan Surat Kerajaan : Elemen Penting Surat (Part 5) : Pembuka Kata dan Akhir Surat

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Surat merupakan salah satu cara perhubungan yang penting diantara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain dan juga orang ramai. Disini akan membincangkan elemen-elemen yang penting didalam surat rasmi kerajaan iaitu Pembuka Kata dan Akhir Surat.

Surat boleh dimulakan dengan cara yang difikirkan sesuai oleh penulis, tetapi setiap surat hendaklah diakhiri dengan perkataan "Saya yang Menurut Perintah" di sudut kiri sebelah bawah surat sebelum tandatangan pegawai yang berkenaan.

Jika pegawai yang menandatangani surat itu bukan ketua jabatan, pegawai berkenaan hendaklah menandatanganinya "Bagi Pihak" (b.p) ketua jabatan. Nama pegawai itu hendaklah menggunakan huruf besar di sudut kiri surat di bawah tandatangannya.


Sumber
Bahagian 6, Urusan Surat Kerajaan, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat.



No comments:

Post a Comment