Saturday, December 5, 2009

Pengurusan Rekod Kerajaan : Jadual Pemisahan Rekod Awam (Part 1) : Pengenalan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Jadual Pemisahan Rekod Awam ialah satu jadual yang menentukan satu tempoh simpanan bagi sesuatu jenis rekod di sesebuah Jabatan atau Agensi Kerajaan. Ia bertujuan memudahkan sesebuah Jabatan atau Agensi Kerajaan menjalankan kerja-kerja pemisahan (Disposal) keaatas rekod-rekod mereka. Dengan adanya jadual pemisahan rekod awam sesebuah Jabatan atau Agensi akan dapat mengetahui dengan mudah persoalan berikut.

Pertama sekali, Selama mana sesuatu rekod harus disimpan di Jabatan atau Agensi.

Kedua, Bila sesuatu jenis rekod harus dimusnahkan.

Ketiga, Bila sesuatu jenis rekod harus dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia.

Jadual disediakan untuk meliputi segala jenis rekod yang diwujudkan oleh sesebuah Jabatan atau Agensi Kerajaan. Ia mengandungi maklumat mengenai subjek, isi kandungan rekod dan tindakan pemisahan yang perlu diambil selepas tempoh simpanan rekod di Jabatan atau Agensi kerajaan dipatuhi dan semua tindakan ke atasnya selesai.

Sumber
Penguruasan Rekod Kerajaan
http://mamo60.tripod.com/arkib/rekodkerajaan.htm

No comments:

Post a Comment