Thursday, December 10, 2009

Urusan Surat Kerajaan : Elemen Penting Surat ( Part 6/Akhir) : Penomboran Perenggan, Muka Surat dan Lampiran.

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Surat merupakan salah satu cara perhubungan yang penting diantara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain dan juga orang ramai. Disini akan membincangkan elemen-elemen yang penting didalam surat rasmi kerajaan iaitu Penomboran Perenggan, Muka Surat dan Lampiran.

Semua perenggan dalam surat, kecuali perenggan pertama, hendaklah di nomborkan secara berturutan.

Surat yang menggandungi lebih daripada satu muka surat juga hendaklah diberi nombor yang berturutan.

Lampiran yang disertakan kepada surat hendaklah di nomborkan atas sebelah kanan, misalnya Lampiran 1 atau Lampiran A dan nombor lampiran ini mestilah sama dengan nombor yang dirujuk di dalam surat.

Nombor rujukan surat hendaklah dicatitkan di bahagian atas sebelah kiri.

Sumber
Bahagian 6, Urusan Surat Kerajaan, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat.

No comments:

Post a Comment