Monday, December 21, 2009

Tanggungjawab Ketua Jabatan dan Ketua Agensi Kerajaan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Pada setiap pengwujudan, penyelenggaraan, pemeliharaan dan pelupusan setiap rekod awam adalah dibawah tanggungjawab Ketua Jabatan dan ketua Agensi kerajaan. Disini akan membincangkan mengenai tanggungjawab tersebut.

Pertama sekali ialah, ketua jabatan hendaklah mematuhi dan melaksanakan semua Piawaian dan prosedur Pengurusan Rekod Awam yang ditetapkan oleh jabatan Arkib Negara.

Kedua, Ketua jabatan dan agensi perlu mengwujudkan bilik rekod jabatan dengan kelengkapan dan peralatan yang sesuai.

Ketiga, Melaksanakan pelupusan rekod awam mengikut peraturan pelupusan Rekod Awam, Akta Arkib Negara Malaysia 2003 (Akta 629).

Akhir sekali ialah ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu melantik seorang pegawai rekod jabatan sekurang-kurangnya gred 27 atau setaraf dan memaklumkan pelantikannya kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia.

Sumber
Bahagian 8, Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat.


No comments:

Post a Comment