Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Rekod Kerajaan : Pemeliharaan Rekod dan Faktor-Faktor Kerosakan Rekod (Part 1) : Faktor Fizikal

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Rekod-rekod diwujudkan oleh Jabatan Kerajaan yang mempunyai nilai-nilai kekal dan sejarah merupakan warisan negara. Rekod-rekod ini amat penting sebagai bukti dan sumber rujukan yang boleh digunakan oleh kerajaan, penyelidik dan generasi akan datang.Sementara itu, rekod-rekod mudah dirosakkan oleh agen-agen perosak jika tidak dipelihara dengan cermat dan akan membawa kerugian kepada negara. Disini akan membincangkan mengenai musuh-musuh rekod. Musuh-musuh rekod adalah semua agen perosak yang disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, biologikal, kimia dan juga manusia itu sendiri.

Faktor fizikal termasuklah tempat simpanan. Tempat simpanan yang tidak sempurna adalah merupakan salah satu agen perosak, seperti bangunan yang diperbuat dari kayu dan mudah terbakar, dimasuki air, serangga serta tidak mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan sistem penyimpanan yang teratur.

Selain itu, faktor cahaya, suhu dan kelembapan juga akan mempengaruhi rekod-rekod yang disimpan. Rekod-rekod yang sering terdedah kepada cahaya mudah rosak, pecah dan bertukar warna manakala suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan rekod mudah berkedut dan hancur.Kelembapan bandingan (Relative humidity) yang tinggi pula menggalakkan pertumbuhan cendawan dan kulat pada rekod-rekod tersebut.

Selain itu, Faktor habuk. Habuk yang terkumpul ditempat simpanan rekod boleh merosakkan rekod, butiran-butiran halus dan tajam pada habuk merosakkan kertas dan rekod lain terutama sekali mikrofilem dan juag pita magnetik.

Selain itu, faktor bencana alam. Bencana alam seperti banjir, peperangan, kebakaran, gempa bumi dan bencana-bencana alam yang lain adalaha merupakan agen-agen perosak rekod.

Sumber
Penguruasan Rekod Kerajaan
http://mamo60.tripod.com/arkib/rekodkerajaan.htm




No comments:

Post a Comment