Wednesday, December 9, 2009

Urusan Surat Kerajaan : Elemen Penting Surat (Part 3) : Nombor Rujukan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Surat merupakan salah satu cara perhubungan yang penting diantara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain dan juga orang ramai. Disini akan membincangkan elemen-elemen yang penting didalam surat rasmi kerajaan iaitu elemen Nombor Rujukan.

Surat hendaklah mempunyai nombor rujukan failnya supaya mudah dikesan untuk tindakan lanjut.

Nombor rujukan ini hendaklah dicatatkan di ruang atas sebelah kanan surat sebagai "rujukan kami".

Surat jawapan kepada surat yang diterima hendaklah juga dicatatkan nombor rujukan fail pengirim sebagai "rujukan tuan" di atas "rujukan kami".

Sumber
Bahagian 6, Urusan Surat Kerajaan, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat.

No comments:

Post a Comment