Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Rekod Perubatan : Jawatankuasa Rekod Perubatan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Kali ini akan membincangkan mengenai Jawatankuasa Rekod Perubatan disesebuah Hospital atau disesebuah institusi kesihatan.

Pertama sekali, setiap hospital hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Rekod Perubatan yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital dan dianggotai oleh ketua-ketua jabatan klinikal dan lain-lain yang berkenaan.

kedua, diantara tugas utama jawatankuasa rekod ialah menetapkan dasar operasi, prosidur, dan piawaian mengenai perkhidmatan rekod di hospital dan memantau pelaksanaan garis panduan yang berkaitan dengan perkhidmatan rekod. Jawatankuasa juga bertanggungjawab memantau kualiti rekod perubatan serta statistik atau maklumat yang dikumpulkan.

Jawatankuasa rekod perlu mengadakan mesyuarat secara berkala untuk membincangkan dan menyelesaikan isu berkaitan dengan perkhidmatan rekod.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

1 comment: