Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Rekod Kerajaan : Faktor Kerosakan Rekod (Part 4) : Faktor Manusia

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Rekod-rekod diwujudkan oleh Jabatan Kerajaan yang mempunyai nilai-nilai kekal dan sejarah merupakan warisan negara. Rekod-rekod ini amat penting sebagai bukti dan sumber rujukan yang boleh digunakan oleh kerajaan, penyelidik dan generasi akan datang.Sementara itu, rekod-rekod mudah dirosakkan oleh agen-agen perosak jika tidak dipelihara dengan cermat dan akan membawa kerugian kepada negara. Disini akan membincangkan mengenai musuh-musuh rekod. Musuh-musuh rekod adalah semua agen perosak yang disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, biologikal, kimia dan juga manusia itu sendiri.

Manusia adalah perosak utama kerana kebanyakan kerosakan ke atas rekod adalah punca daripada kelalaian manusia semasa menguruskannya. Ia boleh terjadi apabila rekod-rekod dikendalikan dengan kasar, tidak disimpan dengan baik dan tidak dipelihara dengan selamat.

Sumber
Penguruasan Rekod Kerajaan
http://mamo60.tripod.com/arkib/rekodkerajaan.htm

No comments:

Post a Comment