Tuesday, December 8, 2009

Urusan Surat Kerajaan : Eleman Penting Surat (Part 3) : Permulaan Surat

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Surat merupakan salah satu cara perhubungan yang penting diantara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain dan juga orang ramai. Disini akan membincangkan elemen-elemen yang penting didalam surat rasmi kerajaan iaitu elemen Permulaan Surat.

Surat yang ditujukan kepada jabatan atau agensi kerajaan hendaklah dimulakan dengan "Tuan" manakala kepada orang ramai hendaklah dimulakan dengan "Tuan" atau "Puan".

Surat yang khusus kepada ketua jabatan atau agensi yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah didahului dengan kata hormat dan gelaran kebesarannya. Begitu juga surat kepada orang awam yang mempunyai gelaran kebesaran.

Sumber
Bahagian 4, Urusan Surat Kerajaan, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat.

No comments:

Post a Comment