Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Rekod Kerajaan : Pemindahan Rekod (Part 5) : Merujuk Semula Rekod yang diPindahkan ke Arkib Negara

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Pemindahan rekod ialah proses dimana rekod-rekod dipindahkan dari sesebuah jabatan atau agensi kerajaan ke Arkib Negara Malaysia. Hanya rekod-rekod yang tidak aktif dan tidak diperlukan lagi di dalam urusan pentadbiran harian jabatan tetapi mempunyai nilai-nilai kekal dan rujukan dipindahkan ke Arkib Negara.Disini akan membincangkan mengenai Merujuk semula rekod yang telah dipindahkan ke Arkib Negara.

Pertama, Rekod-rekod yang telah dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia boleh dirujuk oleh jabatan atau agensi berkenaan dengan menggunakan borang permintaan (Misc 79) yang boleh didapati dari Arkib Negara Malaysia. Khidmat rujukan ini juga tertakluk kepada 35(1), Akta Arkib Negara 2003.

Kedua, Permintaan yang segera juga boleh dibuat melalui telefon atau faksimili dengan memberikan tajuk fail dan nombor rujukan rekod yang diperlukan, tetapi borang permintaan hendaklah juga diisi dan dihantar ke Arkib Negara Malaysia.

Ketiga, Rekod-rekod yang diminta akan dikirimkan dengan pos berdaftar atau diambil sendiri.

Keempat dan terakhir, Rekod-rekod yang dipinjamkan hendaklah dikembalikan semula setelah digunakan di dalam tempoh sebulan*. Jabatan perlu menghubungi Arkib Negara Malaysia sekiranya tempoh penggunaan rekod tersebut hendak dilanjutkan.

*Rekod-rekod yang dipinjam tetapi tidak dikembalikan semula di dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pinjaman akan dibatalkan daripada senarai pemindahan.

Sumber
Penguruasan Rekod Kerajaan
http://mamo60.tripod.com/arkib/rekodkerajaan.htm


No comments:

Post a Comment