Friday, December 25, 2009

Peranan Ketua Jabatan dan Ketua Agensi : Program Rekod Penting

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Rekod penting kerajaan (Vital Record) merupakan rekod-rekod yang mengandungi maklumat yang sangat penting dan bernilai bagi meneruskan peranan dan fungsi asas jentera kerajaan serta melindungi kepentinga kerajaan dan hak asasi individu.

Ketua Jabatan dan Ketua Agensi hendaklah mengenal pasti Rekod Penting (Vital Records) dan membuat perancangan untuk memelihara rekod tersebut.

Salinan Keselamatan (backup copies) bagi rekod-rekod yang telah dikenal pasti sebagai Rekod Penting hendaklah dibuat dan disimpan di lokasi berasingan.

Jabatan dan agensi boleh mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Jabatan Arkib Negara Malaysia bagi Program Rekod Penting Jabatan.

Sumber
Bahagian 8, Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat.

No comments:

Post a Comment