Thursday, December 3, 2009

Pengurusan Rekod Kerajaan : Pemindahan Rekod (Part 2) : Kumpulan Rekod yang Boleh diPindahkan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Pemindahan rekod ialah proses dimana rekod-rekod dipindahkan dari sesebuah jabatan atau agensi kerajaan ke Arkib Negara Malaysia. Hanya rekod-rekod yang tidak aktif dan tidak diperlukan lagi di dalam urusan pentadbiran harian jabatan tetapi mempunyai nilai-nilai kekal dan rujukan dipindahkan ke Arkib Negara.Disini akan membincangkan mengenai Kumpulan Rekod yang boleh dipindahkan.

Pertama sekali, Kumpulan-kumpulan rekod yang boleh dipindahkan ialah kumpulan-kumpulan rekod yang diwujudkan sebelum dan pada tahun 1948.

Kedua, Kumpulan rekod yang boleh dipindahkan ialah kumpulan-kumpulan rekod peribadi atau perkhidmatan kakitangan kerajaan.

Ketiga, Kumpulan rekod yang boleh dipindahkan ialah rekod-rekod yang bernilai yang telah mencapai usia lebih dari 5 tahun dari tarikh penutupannya. Keutamaan perlu diberi kepada rekod-rekod yang telah berusia lebih dari 20 tahun.

Keempat, kumpulan rekod yang boleh dipindahkan ialah rekod-rekod yang telah dipersetujui untuk dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia berdasarkan Jadual Pemisahan Rekod Jabatan (Department retention schedule) .

Kelima, kumpulan rekod yang boleh dipindahkan ialah Rekod-rekod terperingkat yang telah dikelaskan semua tarafnya kepada rekod terbuka dan yang telah dipersetujui untuk dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia.

Akhir sekali, kumpulan rekod yang boleh dipindahkan ialah Rekod-rekod yang telah dipersetujui oleh ketua pengarah Arkib Negara Malaysia dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia.

Sumber
Penguruasan Rekod Kerajaan
http://mamo60.tripod.com/arkib/rekodkerajaan.htm



No comments:

Post a Comment