Tuesday, December 8, 2009

Urusan Surat Kerajaan : Elemen Penting Surat (Part2) : Alamat Penerima

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Surat merupakan salah satu cara perhubungan yang penting diantara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain dan juga orang ramai. Disini akan membincangkan elemen-elemen yang penting didalam surat rasmi kerajaan iaitu elemen Alamat Penerima.Alamat penerima di dalam surat rasmi kerajaan hendaklah dibuat seperti yang dinyatakan dibawah.

Untuk Alamat Penerima bagi Agensi Kerajaan, Surat kepada sesebuah agensi kerajaan hendaklah di alamatkan kepada ketua agensi berkenaan mengikut gelaran rasmi jawatannya, manakala surat yang khusus kepada ketua agensi hendaklah didahului dengan kata hormat, gelaran kebesaran, nama, gelaran jawatan dan alamat rasmi agensi berkenaan. Surat yang ditujukan kepada pegawai tertentu hendaklah ditambah di bawah alamat berkenaan dengan perkataan "Untuk Perhatian" (u.p. nama pegawai berkenaan).

Untuk Alamat Penerima bagi Orang Ramai atau Individu, Surat hendaklah di alamatkan kepada nama dan alamat individu berkenaan. Bagi individu yang mempunyai gelaran kebesarannya, kata hormat dan gelaran hendaklah dinyatakan pada namanya.

Untuk Alamat Penerima bagi Pihak Berkuasa Berkanun atau Pertubuhan atau Firma, surat hendaklah dialamatkan kepada ketua badan, pertubuhan atau firma berkenaan mengikut gelaran rasmi jawatannya, diikuti dengan nama dan alamat rasminya.

Untuk Alamat Surat Melalui Peguam atau firma melalui peguam, surat hendaklah dialamatkan kepada peguam yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal orang awam atau firma berkenaan.

Sumber
Bahagian 6, Urusan Surat Kerajaan, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat.




No comments:

Post a Comment