Tuesday, December 8, 2009

Urusan Surat Kerajaan :Elemen Penting Surat (Part 1) : Alamat Pengirim

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Surat merupakan salah satu cara perhubungan yang penting diantara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain dan juga orang ramai. Disini akan membincangkan elemen-elemen yang penting didalam surat rasmi kerajaan iaitu elemen Alamat Pengirim.

Muka Surat pertama hendaklah menggunakan kepala surat yang mengandungi nama, alamat, nombor telefon dan nombor faksimili agensi pengirim.

Hal ini memudahkan penerima menjawab surat atau menghubungi agensi pengirim di samping memberi gambaran bahawa surat berkenaan adalah atas urusan rasmi kerajaan.

Sumber
Bahagian 6, Urusan Surat Kerajaan, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat.

No comments:

Post a Comment