Wednesday, December 2, 2009

Pengurusan Rekod Perubatan : Penyimpanan dan Pelupusan Rekod Perubatan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


Kali ini akan membincangkan mengenai Penyimpanan dan Pelupusan Rekod Perubatan.Rekod perubatan mestilah diurus, disimpan dengan betul dan ditempat yang selamat bagi mengelakkan daripada berlaku kehilangan, kerosakan dan lain-lain lagi.

Ruang simpanan rekod hendaklah mempunyai suhu yang sesuai, dilengkapi dengan alat pengesan kebakaran dan alat pemadam kebakaran serta bebas daripada makhluk perosak.

Selain itu, rekod aktif dan rekod tidak aktif hemdaklah disimpan secara berasingan. Rekod aktif disimpan di Unit Rekod manakala yang tidak aktif pula boleh disimpan ditempat lain bagi mengatasi masalah kekurangan ruang di Unit rekod.

Seterusnya, rekod perubatan perlu disimpan untuk tempoh yang ditetapkan (mengikut jadual pemisahan rekod/ retention schedule) bagi memenuhi keperluan rawatan, perundangan, penyelidikan dan sebagainya. Jadual penyimpanan rekod perubatan seperti yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Seterunya, rekod perubatan yang telah tamat tempohnya (tempoh penyimpanan) hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, Pegawai yang bertanggungjawab bagi pelupusan rekod perlu mengesahkan bahawa rekod-rekod telah dilupuskan dengan betul dan borang pelupusan rekod hendaklah ditandatangani oleh pegawai berkenaan dan disimpan sebagai bukti pelupusan.

Sumber
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia

http://rekodperubatan.wordpress.com/

Garis panduan rekod perubatan
http://www.scribd.com/doc/9703724/Garispanduan-Rekod-Perubatan-KKM-32005

No comments:

Post a Comment