Tuesday, December 8, 2009

Urusan Surat Kerajaan : Pengenalan

Oleh Khairul Izzuan Ahmad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Surat merupakan salah satu cara perhubungan yang penting diantara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain dan juga oranga ramai. Surat disediakan bagi beberapa tujuan antaranya ialah untuk menyampai atau mendapatkan maklumat, arahan, keputusan dan idea baru.

Surat yang disediakan ole agensi kerajaan merupakan salah satu dokumen dan rekod rasmi. Surat adalah penting bagi membuktikan wujudnya penyaluran maklumat antara sesama agensi kerajaan. Setiap surat hendaklah jelas, tepat dan ringkas supaya mesej dapat disampaikan dengan berkesan. Sesuai dengan perkembangan teknologi, surat boleh dihantar melalui mesin faksimili dan electonical email (Emel) di samping melalui pos dan penghantaran tangan.

Sumber
Bahagian 6, Urusan Surat Kerajaan, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat.

No comments:

Post a Comment